Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pulih hubungan: Saudi, Iran saling bertukar duta baru

Sep 06, 2023 | 11:46 AM



RIYADH: Duta besar Arab Saudi ke Iran telah tiba di Teheran pada Selasa dan duta Iran juga telah mendarat di Riyadh.


Pertukaran kededua duta itu merupakan tindakan terkini dalam usaha memulihkan hubungan antara Iran dengan Arab Saudi yang terputus sejak tujuh tahun lalu.

“Kepimpinan Arab Saudi mengiktiraf kepentingan mengukuhkan hubungan, meningkatkan pembabitan... dan membawa (hubungan) ke ufuk yang lebih luas,” kata Duta Besar, Encik Abdullah Alanazi sebaik tiba di Teheran untuk menjalankan tugasnya, menurut satu kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi.

Agensi berita rasmi Iran, Irna melaporkan duta Iran ke Arab Saudi, Encik Alireza Enayati, tiba di Riyadh dan kehadirannya disambut pegawai kementerian luar serta kakitangan kedutaan.


Encik Abdullah sebelum ini adalah Duta Arab Saudi ke Oman, manakala Encik Alireza dihantar sebagai utusan di Kuwait.

Kedutaan Arab Saudi di Teheran kembali beroperasi pada Ogos.

Pada Jun, Iran melakukan upacara menaikkan bendera di kedutaannya di Riyadh sebagai tanda pembukaan semula pejabat berkenaan.

Arab Saudi, sebuah negara yang menganut ajaran Sunni, dan Iran, yang dikuasai oleh pemerintahan Syiah, telah menyatakan persetujuan untuk memulihkan hubungan diplomatik mereka.

Ini dilakukan menerusi perjanjian yang dikendalikan oleh China, yang diumumkan pada Mac 2023.

Riyadh memutuskan hubungan dengan Teheran selepas penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Arab Saudi pada 2016, susulan negara itu menjalankan hukuman mati terhadap ulama Syiah, Nimr al-Nimr, serta beberapa pertembungan lain.

Pengenduran ketegangan antara Arab Saudi, negara pengeksport minyak terbesar dunia dengan Iran, yang dipulau negara Barat kerana program nuklearnya, berpotensi membentuk semula hubungan di seluruh Asia Barat yang sinonim dengan ketegangan sejak berpuluh tahun lalu.

“Perjanjian ini adalah satu langkah ke depan dalam mengekang ketegangan di kawasan ini dan memajukan perdamaian serantau,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Arab Saudi.

Pemulihan hubungan itu dijangka akan membawa kepada peningkatan dalam perdagangan, keamanan dan kerjasama serantau antara kedua-dua negara.

Pada Ogos, diplomat tertinggi Iran yang juga Menteri Luar, Encik Hossein Amir-Abdollahian, membincangkan isu perpaduan dan menjalankan sesi dialog ketika lawatan pertamanya ke Arab Saudi.

Beliau menyifatkan hubungan dua hala itu sebagai bergerak ke arah yang betul.

Sejak perjanjian pada Mac lalu, Arab Saudi telah memulihkan hubungan dengan sekutu Iran, Syria dan meningkatkan usaha ke arah keamanan di Yaman, yang mana selama bertahun-tahun negara itu mengetuai pakatan tentera menentang Houthi yang disokong Iran.

Terdahulu Encik Hossein menyambut baik pengumuman tersebut dan memaklumkan Teheran akan menyediakan beberapa daya usaha serantau lain secara aktif.

“Pemulihan hubungan antara Teheran dengan Riyadh membawa potensi besar kepada kedua-dua negara, rantau ini dan dunia Islam,” katanya menerusi Twitter. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >