Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesyuarat khas 20 Okt bagi tentukan tarikh pilihan raya: Suruhanjaya Pilihan Raya M'sia

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 20 Oktober ini bagi membincangkan dan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia.



Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat khas itu juga akan membincangkan dan menentukan tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.



Mesyuarat khas itu akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan. Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu, kata Datuk Ikmalrudin dalam satu kenyataan semalam.



Terdahulu SPR turut mengumumkan permohonan undi pos di dalam dan luar negara bagi PRU15 telah dibuka serta-merta manakala tarikh tutup akan dimaklumkan kemudian.



Untuk permohonan undi pos, ia dibuka kepada petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota Polis, anggota tentera, petugas media serta warganegara Malaysia yang berada di luar negara.



Pengumuman tersebut dibuat menyusuli pengisytiharan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.



Pakar Ekonomi dari DBS, Encik Chua Han Teng, berkata pembubaran parlimen itu bakal melihat ketidakpastian terhadap rancangan fiskal yang diumumkan.



Menurut Encik Chua, Bajet 2023 perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat sekiranya ia tidak sempat diluluskan kerana pembubaran Parlimen. Pembentangan semula itu perlu dilakukan oleh kerajaan baru nanti.



Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) mengenai faktor golongan belia sebagai penentu PRU15, Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, berkata tidak semestinya mereka menyokong pembangkang seperti yang dijangka.



Ini susulan penguatkuasaan had umur pengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun pada 15 Disember 2021, yang menyaksikan pertambahan ketara pemilih seramai 5.8 juta orang yang mana 1.2 juta orang terdiri daripada golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun.



Pemimpin Umno pula berpendapat PRU15 mungkin boleh diadakan sebelum pertengahan bulan depan iaitu sebelum musim tengkujuh di mana Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran akan berlaku hujan lebat serta banjir di beberapa negeri.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, bagaimanapun berkata parti itu menyerahkan kepada kebijaksanaan SPR untuk menentukan tarikh PRU15.



Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, turut mengumumkan hasratnya mempertahankan kerusi parlimen Langkawi yang disandangnya sejak pilihan raya umum lalu.



"Tapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri, calon sebagai wakil rakyat saja," kata Dr Mahathir pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya semalam.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >