Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia ada bakat tapi ‘lari’ kerja di S’pura kerana gaji: Menteri

Sep 19, 2023 | 01:05 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mempunyai masalah bakat dalam kalangan rakyatnya, tetapi berdepan dengan isu gaji hingga menyebabkan ramai daripada mereka “lari” ke Singapura untuk bekerja.


Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Encik Liew Chin Tong, berkata sekiranya Malaysia membayar dua pertiga gaji di Singapura, negara itu tidak akan berdepan dengan masalah bakat.

“Kita ada lebih sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dengan gaji yang rendah.

“Sekiranya kita boleh menghasilkan produk yang mempunyai kerumitan lebih tinggi dan membayar gaji yang tinggi, maka ramai yang boleh bekerja di sini dan tidak bekerja di Singapura,” katanya ketika menggulung perbahasan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kementeriannya di Parlimen pada Isnin, lapor Berita Harian Malaysia.


Sementara itu, Encik Liew berkata jumlah pekerjaan sektor pembuatan dijangka meningkat kepada 3.3 juta pada 2030 pada kadar pertumbuhan 2.3 peratus.

Menurut beliau, trajektori pertumbuhan pekerjaan itu mengambil kira peningkatan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi dan industri baru serta kesan langsung peningkatan adaptasi automasi dan pendigitalan dalam sektor pembuatan.

“Melalui Pelan Induk Perindustrian Baru 2030, gaji penengah bagi sektor pembuatan dijangka meningkat daripada RM1,976.00 ($574.33) pada 2021 kepada RM4,510.00 pada 2030.

“Unjuran gaji penengah (median) ini adalah turut berdasarkan penglibatan sektor pembuatan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi, peningkatan produktiviti dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya.

Menjawab mengenai sejauh mana kerajaan mengambil perhatian dan mempertimbangkan Kelantan sebagai lokasi pembangunan ekonomi baru, Encik Liew berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk memastikan Kelantan sesuai sebagai lokasi pelaburan terpilih.

Beliau berkata antara projek dilaksana ialah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 253,975 menjelang 2047.

“Projek itu juga dijangka meningkatkan jumlah pelancong tempatan sehingga 21.9 juta dan pelancong asing sehingga 0.55 juta ke Kelantan pada 2027, peningkatan sebanyak 97.4 peratus berbanding 2019,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >