Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M’sia komited laksana transformasi bagi tarik pelaburan: Zafrul

Jul 04, 2023 | 06:38 PM



SUBANG JAYA: Kementerian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia  (Miti) kekal komited untuk melaksanakan transformasi bagi menarik pelaburan ke negara ini.


Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata Malaysia mempunyai 31 agensi penggalakan pelaburan (IPA) dan peranan dan fungsi kesemuanya perlu diselaraskan.

“Kita mahu fungsi 31 IPA ini lebih dikoordinasi dan semua perbincangan dengan mereka dilakukan terutama bagaimana transformasi menyeluruh dapat dilaksanakan.

“Malaysia kekal sebagai negara kompetitif untuk pelabur, namun kita tidak boleh terlalu selesa kerana negara jiran lebih pantas bergerak.

“Penting untuk IPA yang diketuai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bekerja rapat meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan bagi pelabur dengan memperkemas dan menyelaraskan semula landskap IPA,” katanya kepada media di majlis jalinan kerjasama antara Proton dan Aapico di sini, pada Isnin.

Tengku Zafrul berkata, Perdana Menteri juga akan mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Pelaburan Negara akhir Julai ini yang akan membincangkan bagaimana negara menjadi lebih strategik, fokus dan memperkemas aktiviti yang menyenangkan untuk menarik pelabur ke Malaysia.

Beliau berkata pada akhirnya, fokus Miti adalah menyediakan pelabur asing dan domestik dengan fasiliti perjalanan yang mudah dan lancar oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

“Walaupun kami baru memulakan inisiatif ini, saya ingin menjemput semua pelabur berpotensi sedia ada dan baru untuk berkongsi pengalaman dan saranan mereka mengenai cara meningkatkan perjalanan pelabur di Malaysia.

“Kami di Miti sentiasa terbuka kepada maklum balas yang membina,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, dengan proses diperkemas dan kemudahan pelabur yang lebih baik, Miti dan agensinya akan lebih bersedia untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi yang benar-benar pro-pelaburan, pro-perdagangan dan pro-industri. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >