Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia, Mesir tuntut negara Barat gesa Israel henti serangan

Oct 24, 2023 | 02:15 PM



KAHIRAH: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau dan Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, sepakat bahawa negara Barat perlu memberi tekanan kepada Israel untuk memberhentikan serangannya ke atas Gaza.


Datuk Anwar berkata dalam kunjungan hormatnya kepada Presiden Mesir itu, beliau dan Encik al-Sisi juga sepakat bahawa kemudahan awam di Gaza seperti sekolah dan hospital, tidak sepatutnya dibedil serta dirosakkan pihak Israel itu.

“Kesengsaraan dialami masyarakat Gaza sudah di tahap sangat parah. Jadi itu yang kita sepakati tadi hasil daripada perbincangan (dengan al-Sisi),” katanya lapor Berita Harian Malaysia, pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir pada Isnin.


Datuk Anwar berkata pemerintah Mesir juga pada masa ini, sedang berusaha meningkatkan penyaluran bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Gaza dan Malaysia akan bekerjasama serta menyokong langkah yang diambil Mesir itu.

Beliau menambah, Malaysia juga akan terus berusaha menghubungi negara Barat dan Timur, untuk menggesa mereka melakukan sesuatu bagi membawa keamanan serta bantuan kemanusiaan di kawasan bergolak itu.

“Matlamat yang jelas iaitu mempertahankan hak dan kedaulatan negara Palestin. Kalau ini tidak tercapai, penyelesaian dan kedamaian tidak akan kekal. Ini pendirian rakan kita termasuk Mesir dan semalam di Turkey dan sebelum itu di Riyadh, itu pandangan kita bersama,” kata Datuk Anwar.

Beliau juga melahirkan rasa terima kasihnya kepada Encik al-Sisi, kerana memberi ruang kepadanya mengadakan pertemuan, meskipun notis pertemuan diberikan kepada Presiden Mesir itu amat singkat.

Sementara itu, Datuk Anwar berkata walaupun fokus perbincangannya dengan Encik al-Sisi pada pertemuan itu tertumpu kepada isu Gaza, namun beberapa perkara termasuk masalah serantau dan masa depan negara Arab dan dunia Islam, turut dibincangkan.

Beliau berkata antara perkara berkenaan termasuk kerjasama dua hala perdagangan dan perusahaan pelaburan antara dua negara.

“Saya sudah minta Menteri Luar dengan jawatankuasa (yang akan dibentuk kelak), untuk mengenal pasti hal kerjasama yang boleh kita tingkatkan,” katanya.

Datuk Anwar juga mengumumkan Presiden Mesir itu bersetuju membuat kunjung rasmi ke Malaysia pada awal 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >