Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia sedia bantu Norway siasat kes intipan kerajaan

Sep 15, 2023 | 11:37 AM



PUTRAJAYA: Pihak berkuasa Malaysia akan memberi kerjasama terbaik menggunakan kaedah bersesuaian dalam membantu siasatan kes seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia di Oslo, Norway, yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengintipan pejabat perdana menteri dan kerajaan negara itu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan penelitian dan akan menggunakan kaedah sesuai dengan hubungan kededua negara.

“Pasukan keselamatan Norway telah memaklumkan pasukan keselamatan kita status individu berkenaan, latar belakang dan segala bukti yang mereka pilih untuk berkongsi dengan kita.

“Kami telah terima pemakluman, PDRM sedang jalankan penelitian, tentu kita akan gunakan seluruh kaedah sesuai dengan hubungan kededua negara. Ia sensitif dari sudut amalan pengintipan, polis masih lagi meneliti,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM).


Terdahulu beliau menghadiri Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia 2023, di Putrajaya pada Khamis petang.

Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm pada Rabu mengesahkan seorang lelaki dipercayai warga Malaysia ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengintipan di Norway.

Agensi media antarabangsa melaporkan seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun di Norway ditahan pihak berkuasa tempatan kerana didakwa mengintip termasuk mencuri dengar secara haram menerusi pelbagai peranti teknikal.

Menurut laporan itu, agensi perisikan polis Norway dikenali sebagai PST mendakwa lelaki berkenaan cuba mengintip pejabat perdana menteri, Kementerian Pertahanan dan pejabat kerajaan lain di Oslo.

PST memberitahu Norwegian Broadcasting (NRK) bahawa lelaki itu yang ditahan Jumaat lalu sudah didakwa di mahkamah berikutan tindakannya melakukan operasi pengintipan dan risikan terhadap negara berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >