Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia tegas dalam isu hak Laut China Selatan tapi elak konflik: Timbalan Menlu

Oct 10, 2023 | 12:19 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menyuarakan pendirian tegas berhubung isu Laut China Selatan di mana-mana platform relevan, bagi memastikan hak kedaulatan dan kepentingannya kekal terpelihara.


Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, berkata Malaysia, bagaimanapun, tidak mahu terbabit dalam konflik dengan negara yang turut menuntut kepentingan perairan itu.

Beliau berkata isu berkaitan Laut China Selatan adalah isu yang kompleks serta sensitif dan perlu dikendalikan secara menyeluruh, malah setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif.

Sebarang tindakan yang menggugat keamanan dan kestabilan serantau tidak akan mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak, ujar Datuk Mohamad, lapor Berita Harian Malaysia.


“Antara usaha serantau memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan ialah dengan memeterai ‘Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea’ (DOC) pada 4 November 2002 oleh negara Asean dan China.

“Di bawah persefahaman itu, negara Asean mengambil pendekatan ‘self-restraint’ dan memastikan tindakan yang diambil serta aktiviti yang dijalankan di Laut China Selatan tidak meningkatkan ketegangan di perairan itu.

“Pada masa ini juga, negara Asean dan China sedang merundingkan ‘Code of Conduct in the South China Sea’ (COC), yang juga satu kod tatacara mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan.

“Ia adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing.

“Rundingan COC ini sedang dilaksanakan oleh Asean dan China menerusi platform Asean-China ‘Joint Working Group on the Implementation of the DOC’ (JWG-DOC)...

“Malaysia sentiasa memastikan bahawa COC yang akan dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan dan hak kepentingan negara,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Encik Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-SIK) yang mahu Kementerian Luar menyatakan tindakan susulan Wisma Putra terhadap bantahan diplomatik kepada China berhubung Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi kawasan maritim Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >