Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia: Tulang belakang anak istimewa cedera parah dek gurauan ‘tarik kerusi’

Oct 20, 2023 | 07:15 PM



PETALING JAYA: Seorang anak kurang upaya di Malaysia mengalami kecederaan serius selepas dipercayai kerusinya ditarik di sekolah hingga menyebabkannya dalam keadaan terlantar di katil.


Budak perempuan berusia 11 tahun itu, yang dikenali sebagai Iqa, menghidap Palsi Serebral ringan, kata ibunya dan telah menerima beberapa rawatan di hospital akibat tulang ekornya yang patah dan beberapa kecederaan lain di tulang belakangnya.

Perkara ini didedahkan dalam beberapa video dimuat naik di platform TikTok oleh ibunya baru-baru ini.

Dalam satu video dimuat naik pada Sabtu itu, ibu empat anak Cik Azera Yazid (@azera5276) mengeluh terhadap betapa susahnya beliau membesarkan anak sulungnya itu supaya berdikari macam anak-anaknya yang lain. Tiga anaknya yang lain merupakan lelaki dan mereka dilahirkan normal, kata Cik Azera.

Kelihatan dalam video itu Iqa terlantar di katil hospital.

Dalam catatannya Cik Azera berkata Iqa terjatuh disebabkan kawan anaknya itu menarik kerusinya ketika di sekolah.

“Sekarang dia terlantar di atas katil selagi tidak sembuh,” katanya.

“Selama ini ibu struggle sangat untuk besarkan kakak, kakak banyak mengajar ibu erti kehidupan ini, walaupun kakak ada Palsi Serebrum, ibu ajar kakak untuk berdikari ajar macam anak-anak ibu yang lain tapi kali ini ibu sendiri terduduk dan terkecewa kak,” tulisnya lagi dalam video itu.


Video itu yang telah mencatatkan sehingga lebih 1.5 juta tontonan juga melihat ramai pengguna penonton yang mengecam kejadian itu di ruang komen.

Dalam dua lagi video susulan, Cik Azera berkata, Iqa dalam keadaan kesakitan disebabkan kecederaan di tulang belakangnya.

Apabila Iqa diizin keluar dari hospital, Cik Azera berkata anaknya itu perlu duduk atau baring di atas bantal kerana tulang belakangnya tidak boleh menyentuh secara langsung permukaan keras di atas kerusi atau tilam.

Apabila dihubungi Berita Harian pada Jumaat, Cik Azera, seorang peniaga makanan dari Selangor, 35 tahun, berkata kejadian itu berlaku pada 12 Oktober.


Beliau dimaklumkan kejadian itu selepas dihubungi cikgu sekolah anaknya itu agar cepat mengambil pulang anaknya kerana terjatuh.

Menurutnya, tulang ekor Iqa telah patah.

Iqa juga mengalami hernia cekra tulang belakang di beberapa bahagian dan lebam di tulangnya.

Cik Azera berkata Iqa berjalan bersendiri, namun hanya sebentar sahaja dan dia perlu menjalani rawatan fisioterapi lanjut.

Selain itu, Iqa juga baru sahaja dimasukkan ke hospital lagi pada Jumaat sebab tidak berupaya membuang air besar sejak kecederaan itu berlaku, kata ibunya itu.

Cik Azera berkata beliau merancang untuk membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >