Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PAS Kedah ancam tindakan undang-undang berkait dakwaan sorok beras

Oct 13, 2023 | 11:02 AM



ALOR SETAR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kedah memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang mendakwa mereka terlibat dalam menyorokkan beras di negeri itu.


Pesuruhjaya PAS Kedah, Encik Ahmad Yahya, berkata pihaknya tidak mengambil ringan tuduhan yang mendakwa mereka menjadi dalang utama dalam isu kekurangan bekalan beras seperti yang didedahkan media baru-baru ini.

“PAS Kedah memberikan tempoh 24 jam kepada mana-mana pihak yang memfitnah penglibatan PAS Kedah dalam isu ini.

“Jika mereka tidak meminta maaf serta menarik balik kenyataan fitnah tersebut, maka tunggu tindakan undang-undang yang akan diambil,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan tanggungjawab penguatkuasaan terhadap isu bekalan beras adalah di bawah kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“PAS Kedah tidak pernah terlibat mahupun memberikan sebarang arahan kepada mana-mana pihak untuk melakukan aktiviti ‘hoarding’ (penyorokan) sehingga memberikan implikasi terhadap tahap keselamatan makanan negara,” ujarnya, lapor Malaysiakini.


Encik Ahmad Yahya mengulas dakwaan di media sosial bahawa PAS Kedah bekerjasama dengan ‘kartel’ untuk menyorokkan beras, sekali gus menyebabkan kekurangan makanan ruji berkenaan.

Malah ada yang mendakwa parti Islam itu menerima ‘tajaan’ daripada pekilang padi di negeri ini untuk membiayai aktiviti mereka.

Ini selepas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mendedahkan lima kilang beras di Kedah diserbu kerana didakwa terlibat dalam penyelewengan subsidi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor, sebelum ini menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri atau agensi berkaitannya terlibat dalam isu kekurangan bekalan beras di pasaran.

Mengulas lanjut, Encik Ahmad berkata PAS Kedah sendiri mendukung prinsip serta kelantangan yang ditunjukkan Datuk Sanusi dalam memerangi kartel padi dan beras.

Sementara itu, Tan Sri Azam berkata siasatan SPRM berhubung isu itu bukan bersifat mencari kesalahan pihak-pihak tertentu, sebaliknya ia berdasarkan maklumat dan aduan, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata SPRM akan bertindak secara profesional dalam menjalankan siasatan ke atas mana-mana pihak yang disyaki melakukan sorokkan sehingga mengganggu pengedaran bekalan beras tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >