Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PDI-P terima paling banyak dana kempen pilihan raya 2024

Jan 17, 2024 | 01:50 PM



JAKARTA: Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya 2024, 18 parti politik telah memfailkan laporan dana kempen awal (LADK) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).


Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) muncul sebagai pendahulu dalam kedua-dua penerimaan dana dan perbelanjaan, lapor Jakarta Globe.


PDI-P menerima dana kempen sebanyak Rp 183.86 bilion ($11.77 juta) dengan jumlah perbelanjaan mencecah Rp 115.05 bilion.

Daripada 580 calonnya yang akan bertanding, 575 daripadanya telah pun menyerahkan laporan masing-masing.

Di hujung spektrum yang lain, Parti Bulan Sabit (PBB) melaporkan penerimaan dana kempen terkecil iaitu Rp 301.3 juta, dengan jumlah perbelanjaan berjumlah Rp 228.3 juta.

Selepas ditanya untuk kali kedua, kebanyakan daripada 18 parti politik yang akan menyertai pilihan raya pada Februari 2024 ini, telah menyerahkan laporan pembiayaan kempen yang lengkap kepada KPU.

Hanya Parti Solidariti Indonesia (PSI) dan dua lagi, yang belum mengemukakan laporan lengkap mereka, menurut The Jakarta Post.


Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), pimpinan calon presiden Encik Prabowo Subianto, yang mempunyai 580 calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kali ini, kesemua telah menyerahkan laporan awal mereka yang lengkap.

Parti itu menerima dana berjumlah Rp 2,841,667,200 dan jumlah perbelanjaan seperti yang dilaporkan adalah sebanyak Rp 1,097,908,714.

Parti Golkar, yang bertanding untuk merebut kesemua 580 kerusi dewan perundangan, menyerahkan laporan awal dana kempen pilihan raya, dengan jumlah yang diterimanya sebanyak Rp 10,018,314,565 sementara perbelanjaan berjumlah Rp 4,651,317,912.

Senarai penuh 18 buah parti politik yang telah menyerahkan laporan awal mereka, telah diedarkan kepada umum.

Ketelusan pembiayaan dana ini dilihat penting menyusuli laporan mengenai transaksi mencurigakan, termasuk wang dari luar negara disalurkan kepada parti politik Indonesia dan anggotanya.

Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) mendapati wang dari luar negara masuk ke dalam akaun bendahari pejabat pusat dan wilayah 21 parti nasional dan tempatan, yang tidak dinamakan, menjelang pilihan raya umum Februari ini.

Laporan transaksi mencurigakan mula diketahui pada Disember 2023, apabila PPATK mendapati beberapa kempen dibiayai oleh operasi lombong haram dan penyelewengan dana daripada pemberi pinjaman mikro luar bandar (BPR) di Jawa Tengah.

Bagaimanapun, Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu) enggan melancarkan siasatan rasmi berhubung dapatan itu.

Menurut Bawaslu, perkara itu di luar bidang kuasanya, walaupun tekanan semakin meningkat mendesak ia melakukannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >