Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pelancong S’pura terbabit kemalangan di Pulau Pinang sudah dibenar pulang

Sep 26, 2023 | 04:30 PM



GEORGE TOWN: Tujuh warga Singapura yang cedera dalam nahas van terjunam ke dalam gaung di Bukit Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 24 September lalu, telah dibenarkan keluar dari hospital dan dalam perjalanan pulang ke Singapura.


Bagaimanapun, tiga lagi termasuk dua pelancong wanita Singapura berusia 56 dan 58 tahun serta seorang lelaki yang juga pemandu van warga Malaysia berusia 61 tahun masih menjalani rawatan di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Encik Wong Hon Wai, memaklumkan beliau telah berhubung dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan bersedia menawarkan apa saja bentuk bantuan yang diperlukan mangsa.

“Ahli keluarga mangsa telah tiba untuk menemani mereka pulang ke Singapura,” katanya seperti dilaporkan The Star pada Selasa.


Beliau berkata mayat warga Singapura yang meninggal dunia dalam tragedi itu, Mendiang Lee Kwee Yiam, 62 tahun, telah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pulau Pinang, Encik Daniel Gooi, dilaporkan berkata pengurusan Hospital Pulau Pinang dan Hospital Balik Pulau telah diarah untuk memudahkan dan membantu urusan mangsa yang terbabit dalam nahas itu.

Beliau dalam satu kenyataan turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan gambar lokasi kemalangan sebagai menghormati individu serta ahli keluarga mangsa yang terbabit musibah itu.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam pada 24 September lalu, sebuah van dipandu seorang lelaki yang membawa 10 pelancong dari Singapura iaitu tujuh wanita dan tiga lelaki, terjunam ke dalam gaung di Bukit Genting.

Semua mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang ke hotel selepas makan malam di sebuah restoran yang terletak di atas bukit di kawasan berkenaan.

Van itu dilaporkan terbabas di selekoh sebelum terjunam lebih enam meter ke dalam gaung berikutan keadaan jalan yang dilaporkan licin.

Ketika operasi menyelamat dijalankan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat selama lebih kurang dua jam, pihak penyelamat berdepan kesulitan kerana keadaan di lokasi kejadian yang gelap dan licin akibat cuaca hujan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Air Putih, Pegawai Bomba Kanan II, Encik N Prenavaran, berkata bagaimanapun pihaknya berjaya menaikkan semua mangsa dalam tempoh dua jam, termasuk tiga yang dibantu naik ke atas bukit oleh orang awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >