Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi siap serah kuasa kepada Prabowo

Prabowo lega kerana Mahkamah Perlembagaan sahkan kemenangannya untuk jadi Presiden
Apr 23, 2024 | 02:07 PM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) akan memulakan peralihan kepimpinan kepada calon presiden, Encik Prabowo Subianto, berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 22 April yang mengesahkan kemenangan beliau dalam pilihan raya yang terakhir.


“Pemerintah bersedia dan menyokong penuh peralihan kepimpinan kepada presiden dan timbalan presiden,” kata penyelaras kakitangan khas presiden, Encik Ari Dwipayana di sini pada Isnin 22 April.

Beliau berkata, Encik Jokowi menghormati keputusan mahkamah berhubung pertikaian keputusan pilihan raya presiden, kerana keputusan itu adalah muktamad dan mengikat.

Selain bersiap sedia menghadapi peralihan presiden, pemerintah komited melaksanakan semua agendanya, sehingga tamat penggal presiden Jokowi pada Oktober 2024, kata Encik Ari, dipetik agensi berita rasmi Antara.


Mahkamah Perlembagaan pada 22 April, menolak sepenuhnya cabaran terhadap keputusan pilihan raya presiden yang difailkan dua lagi pasangan calon: Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud M.D.

Keputusan pertikaian pilihan raya dibacakan Ketua Hakim Negara, Encik Suhartoyo pada petang Isnin berikutan tamatnya perbicaraan mahkamah pada 16 April dan perbincangan hakim pada 21 April.

Mahkamah memutuskan bahawa cabaran Anies-Muhaimin dan Ganjar-Mahfud terhadap keputusan pilihan raya, yang bertujuan membatalkan kemenangan Encik Prabowo dan Encik Gibran Rakabuming Raka, adalah tidak munasabah di sisi undang-undang.

Lima daripada lapan hakim memutuskan untuk menentang cabaran tersebut, dan tiga hakim iaitu Encik Saldi Isra, Cik Enny Nurbaningsih, dan Encik Arief Hidayat menawarkan pendapat yang berbeza.

Hakim Encik Anwar Usman, bapa saudara Encik Gibran, tidak mengambil bahagian dalam keputusan itu kerana bimbang konflik kepentingan.

Kedua-dua plaintif mendesak mahkamah membatalkan Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) No. 360 Tahun 2024, yang mengisytiharkan Prabowo dan Gibran sebagai calon dengan undian tertinggi dalam pemilihan presiden baru-baru ini.

Mereka juga telah meminta mahkamah membatalkan kelayakan Prabowo-Gibran dan mengarahkan pilihan raya ulangan tanpa pasangan itu.

Sementara itu, presiden yang dipilih, Encik Prabowo melahirkan rasa lega berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 22 April, yang menolak usul membatalkan keputusan pilihan raya.

Bercakap dengan penuh rasa terima kasih, Encik Prabowo mengucapkan setinggi penghargaan kepada mahkamah dan rakyat Indonesia atas sokongan mereka.

“Kami berterima kasih atas kesimpulan prosiding di Mahkamah Perlembagaan,” kata Encik Prabowo di kediaman rasminya di Jakarta Selatan.

“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyokong saya, dan juga kepada Mahkamah Perlembagaan atas usaha gigih mereka,” tambahnya.

Keputusan itu membuka jalan kepada Encik Prabowo untuk menumpukan perhatian kepada peralihan kuasa daripada Presiden Joko Widodo, yang dijadualkan pada 20 Oktober, dan memulakan pembentukan kabinet bersama pasangannya, Encik Gibran Rakabuming Raka.

“Kami bersungguh-sungguh membuat persediaan untuk masa depan,” kata Encik Prabowo, dipetik Jakarta Globe. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >