Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Permohonan naik gaji penjawat awam tidak keterlaluan: Kesatuan sekerja

Oct 09, 2023 | 01:34 PM



KUANTAN: Cadangan supaya gaji penjawat awam dinaikkan sebanyak RM300 ($87), adalah munasabah dan tidak keterlaluan untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024, kata Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat.


Beliau menjelaskan, ia memandangkan kali terakhir gaji penjawat awam dinaikkan adalah kira-kira 10 tahun lalu, selain mengambil kira kos sara hidup yang terus meningkat.

Sehubungan itu, katanya, cadangan berkenaan wajar dipertimbangkan kerajaan sementara Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada 2025.

“Kenaikan gaji kami yang terakhir ialah kira-kira 10 tahun lalu. Amat tidak adil kepada penjawat awam dalam tempoh itu, tidak ada satu pun kenaikan dicadangkan kerajaan.

“Selain itu, ada kira-kira 1.6 juta penjawat awam, justeru sukar untuk kerajaan memberi bonus hingga enam bulan.

“Oleh itu, kami meminta bonus 1.5 bulan, iaitu angka yang munasabah,” katanya selepas menghadiri satu acara Cuepacs.

Sebelum ini, cadangan itu diutarakan Cuepacs yang turut memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus minimum 1.5 bulan dan diskaun sekurang-kurang 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan, kepada semua penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat ini.

Dr Adnan turut menzahirkan keyakinan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu menunaikan hasrat penjawat awam yang telah memberikan perkhidmatan terbaik selama ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, menyarankan supaya konstabel polis sepatutnya mendapat gaji minimum RM1,500.

Gaji konstabel polis baru kini hanya mendapat RM1,441, dan beliau merasakan gaji minimum yang ditetapkan pada 2022 juga perlu dilaksanakan kepada polis.

Beliau berkata ini telah dicadangkan kepada kerajaan sebagai cara menangani isu kos sara hidup yang dihadapi anggota polis.

Tan Sri Razarudin juga mencadangkan kenaikan gaji tahunan sebanyak 30 peratus dan kenaikan sekali sahaja untuk pegawai polis. – BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >