Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Persatuan bank M’sia lancar kempen #JanganKenaScam

Oct 04, 2023 | 01:48 PM



KUALA LUMPUR: Pemain industri perbankan di Malaysia menegaskan komitmen untuk membanteras jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan menerusi kempen kesedaran #JanganKenaScam.


Komitmen itu dinaungi bersama Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (Aibim) yang melancarkan kempen kesedaran ‘scam’ (penipuan) kebangsaan #JanganKenaScam yang diperbaharui.

Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, berkata walaupun langkah keselamatan dan teknologi adalah penting, kesedaran awam kekal sebagai pertahanan terkuat untuk mengelak menjadi mangsa penipuan jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan.

“Sememangnya mendidik orang ramai tentang penipuan ini adalah satu usaha yang perlu dilakukan secara berterusan. Saya memuji usaha sektor swasta dalam menyelaraskan strategi anti-penipuan di seluruh industri.

“Inisiatif yang diterajui industri sebegini adalah bukti komitmen tinggi sektor swasta dalam memerangi jenayah kewangan,” katanya seperti dilapor The Star.


Datuk Abdul Rasheed berkata kempen #JanganKenaScam akan dilancarkan di seluruh negara termasuk kawasan bandar dan pinggir bandar.

Katanya ia akan membantu melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan antipenipuan yang praktikal supaya mereka boleh mengenal pasti taktik penipuan dan melindungi diri daripada menjadi mangsa penjenayah penipuan kewangan.

Pada awal 2023, industri perbankan bersetuju melaksanakan beberapa langkah keselamatan utama untuk memerangi jenayah kewangan antaranya peralihan daripada penggunaan kata laluan sekali saja (OTP) berasaskan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada kaedah pengesahan.

Peralihan itu membabitkan transaksi termasuk pemindahan dana dan pembayaran, perubahan maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat dan e-mel serta tetapan akaun untuk had pengeluaran atau pemindahan.

Bagi langkah mengetatkan lagi peraturan pengesanan dan pencetus bagi menyekat transaksi berkaitan dengan penipuan kewangan, bank akan membuat pengesahan kepada transaksi tertentu sebagai aktiviti luar biasa.

Untuk penetapan tempoh bertenang bagi pendaftaran perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti selamat buat kali pertama pula, dalam tempoh ini, pelanggan tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi perbankan dalam talian.

Sementara itu Pengerusi ABM, Datuk Khairussaleh Ramli, meminta orang ramai untuk bersama menjayakan kempen berkenaan supaya dapat mengalahkan penjenayah kewangan secara lebih agresif.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #JanganKenaScam dan panduan cara memerangi penipuan kewangan boleh layari www.JanganKenaScam.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >