Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis sedia hadapi segala kemungkinan semasa dan selepas pengundian

Aug 11, 2023 | 12:22 PM



KUALA LUMPUR: Polis bersedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa Pilihan Raya Negeri di enam negeri di Malaysia, dan semasa tempoh pospilihan raya, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain.


Beliau berkata polis juga akan menjaga kawasan strategik selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

“Antara kawasan itu ialah istana negeri dan bangunan pentadbiran kerajaan negeri. Keselamatan istana adalah amat penting kerana kita tidak mahu sebarang gangguan pada tengah malam selepas keputusan diumumkan.

“Polis akan memastikan sebarang perubahan kepada kerajaan negeri berjalan lancar dan selamat berdasarkan Perlembagaan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.

Tan Sri Razarudin berkata penempatan anggota dan pegawai polis bermula sebelum hari penamaan calon dan akan diteruskan sehingga tempoh pospilihan raya.

“Sebaik Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dibubarkan, polis memulakan tugas mereka untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Seramai 36,492 pegawai dan anggota telah ditempatkan semasa PRN termasuk daripada unit lain seperti Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Udara dan Pasukan Gerakan Am (GOF),” katanya.

Beliau juga berkata polis beriltizam untuk memastikan keselamatan semua yang terlibat dalam pilihan raya, termasuk calon dan pengundi.

“Mereka boleh menjalankan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut akan keselamatan mereka.

“Bagi saya sebagai KPN, Timbalan KPN Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, ketua polis negeri dan OCPD, kami sudah bersedia dan anda boleh keluar mengundi dengan selamat,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >