Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden AS dan China akur baiki hubungan dua hala

Nov 16, 2023 | 02:23 PM



WOODSIDE (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, bertemu pemimpin China, Encik Xi Jinping, buat kali pertama dalam setahun pada Rabu.


Rundingan yang mungkin mengurangkan pergeseran antara dua kuasa besar itu berhubung konflik ketenteraan, pengedaran dadah dan kecerdasan buatan (AI).

Kedua-dua pemimpin itu bersetuju membuka talian ‘hotline’ Presiden, menyambung semula komunikasi tentera-ke-tentera dan berusaha untuk mengekang pengeluaran ubat tahan sakit, fentanyl.


Encik Biden dan Encik Xi bertemu selama kira-kira empat jam di pinggir San Francisco dan membincangkan isu-isu yang telah merenggangkan hubungan Amerika-China.

Mereka turut merancang menyambung semula hubungan ketenteraan yang diputuskan China, selepas Speaker Dewan Perwakilan Amerika ketika itu, Cik Nancy Pelosi, melawat Taiwan pada Ogos 2022.

“Kami kembali berkomunikasi langsung, secara jelas dan terbuka,” kata Encik Biden.

Selain itu, Encik Biden berkata beliau dan Encik Xi bersetuju dengan komunikasi peringkat tinggi.

“Beliau dan saya bersetuju bahawa setiap seorang daripada kami boleh membuat panggilan telefon secara langsung dan kami akan didengari serta-merta,” kata beliau.

Tetapi dalam ulasan yang mungkin menimbulkan kemarahan China, Encik Biden memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau tidak mengubah pandangannya bahawa Encik Xi ialah seorang diktator.

“Nah, lihat, beliau. Maksud saya, beliau seorang diktator dalam erti kata beliau seorang lelaki yang mengendalikan negara yang merupakan negara komunis,” kata Encik Biden, dipetik agensi berita Reuters.


Encik Xi memberitahu Encik Biden bahawa pandangan negatif Parti Komunis di Amerika, adalah tidak adil, kata seorang pegawai Amerika kepada pemberita, selepas pertemuan itu.

Encik Biden dan Encik Xi mengadakan rundingan untuk memperbaiki tempoh yang sukar dalam hubungan yang bertukar menjadi lebih buruk, selepas belon pengawasan China yang disyaki, berada di ruang angkasa Amerika dan ditembak jatuh oleh jet pejuang Amerika pada Februari.

Encik Biden berkata beliau membangkitkan perkara di mana Washington mempunyai kebimbangan, termasuk warga Amerika yang ditahan, hak asasi manusia dan kegiatan agresif Beijing di Laut China Selatan.

“Hanya bercakap, hanya berterus-terang antara satu sama lain, supaya tidak ada salah faham,” kata Encik Biden.

Encik Biden meminta kedua-dua negara merasmikan dialog antara tentera dan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin akan bertemu rakan sejawatannya dari China, apabila pegawai itu dinamakan, kata seorang pegawai kanan Amerika.

Tentera Amerika dan China telah mengalami beberapa kejadian nyaris bertembung, sepanjang 2022.

Encik Biden dan Encik Xi bersetuju, China akan menyekat eksport barangan yang berkaitan dengan pengeluaran fentanyl, penyebab utama penyalahgunaan dadah di Amerika.


“Ia akan menyelamatkan nyawa,” kata Encik Biden, sambil menambah beliau menghargai “komitmen” Encik Xi dalam isu itu.

Di bawah perjanjian itu, China akan terus mengejar syarikat kimia tertentu yang membuat dadah fentanyl, kata pegawai kanan Amerika itu kepada pemberita.


Kedua-dua pemimpin juga bersetuju mendapatkan pakar bersama bagi membincangkan risiko AI.

Seorang pegawai Amerika menggambarkan pergeseran ke atas Taiwan, pulau demokrasi yang didakwa China sebagai wilayahnya.

Keutamaan China adalah untuk penyatuan semula secara aman dengan Taiwan, yang dituntut oleh China, kata Encik Xi kepada Encik Biden.

Menurut seorang pegawai Amerika, Encik Xi langsung bercakap tentang keadaan di mana kekerasan boleh digunakan.

Encik Biden berkata beliau menekankan keperluan untuk keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.

Pegawai Amerika itu berkata Encik Biden berhujah untuk mengekalkan status quo dan agar China menghormati proses pilihan raya Taiwan.

“Presiden Xi menjawab, ‘Lihat, keamanan semuanya baik dan baik, tetapi pada satu ketika kita perlu bergerak ke arah penyelesaian secara lebih umum,’” pegawai itu memetik Encik Xi sebagai berkata.

Encik Xi juga menggesa Amerika agar berhenti menghantar senjata ke Taiwan dan menyokong “penyatuan semula” secara aman China dengan Taiwan, kata media rasmi China.

Encik Biden meminta Encik Xi menggunakan pengaruhnya dengan Iran, untuk menggesa Teheran supaya tidak melancarkan serangan proksi ke atas sasaran Amerika di Timur Tengah, ketika konflik Israel-Palestin berterusan di Gaza.

Encik Biden mengalu-alukan pemimpin China itu di estet Filoli, sebuah rumah desa dan taman kira-kira 48 kilometer ke selatan San Francisco, di mana mereka akan berpindah kemudian untuk sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec).

Encik Xi menghadiri mesyuarat itu, dengan harapan mendapat penghormatan Amerika, ketika ekonomi China bergelut untuk pulih daripada pertumbuhan yang lembap.

Encik Biden, yang telah lama meminta diadakan pertemuan itu, mengalu-alukan China yang bertujuan untuk menunjukkan rasa hormat, dan menganggapnya sebagai pemain utama di kawasan “titik panas” sejagat.

“Planet Bumi cukup besar untuk kedua-dua negara itu berjaya,” kata Encik Xi kepada Encik Biden ketika mereka dan delegasi duduk berhadapan antara satu sama lain di meja panjang.

Encik Biden berkata Amerika dan China perlu memastikan bahawa persaingan antara mereka “tidak tersasar ke arah konflik” dan menguruskan hubungan mereka “secara bertanggungjawab”.

Beliau berkata isu seperti perubahan iklim, kontra-narkotik dan AI menuntut perhatian mereka bersama.

Selepas sesi perbincangan pagi dan sebelum jamuan tengah hari dengan Encik Xi, Encik Biden berkata di wadah media sosial X, adalah penting mereka memahami satu sama lain “pemimpin kepada pemimpin”.

Selepas jamuan tengah hari, para pemimpin berjalan-jalan sebentar bersama-sama di taman, berikutan interaksi yang berlangsung sekitar empat jam.

Encik Biden melambai kepada wartawan dan memberikan tanda dua jempol apabila ditanya bagaimana rundingan itu berjalan.

“Baiklah,” katanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >