Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Really Cool Airlines jangka mula penerbangan serantau mulai Dis

Aug 05, 2023 | 01:55 PM



BANGKOK: Really Cool Airlines, syarikat baru dalam industri penerbangan Thailand, dijangka mula beroperasi selepas ia mendapatkan sijil pengendali penerbangan dari Penguasa Penerbangan Awam Thailand pada Disember, kata ketua eksekutif, Encik Patee Sarasin.


Encik Patee, 60 tahun, awal dari itu, berkata syarikat tersebut telah mendapatkan lesen untuk mengendali penerbangan dari agensi tersebut.

Beliau berkata syarikat penerbangan yang berpangkalan di Bangkok itu akan dipasarkan sebagai penerbangan gaya hidup perkhidmatan lengkap dan berhasrat menawarkan pengalaman unik kepada penumpang yang mahukan mutu khidmat antara penerbangan mewah dengan penerbangan bajet.

Menurut beliau lagi, Really Cool Airlines akan memulakan operasi dengan tiga pesawat Airbus A330 yang disewa. Setiap pesawat itu boleh membawa lebih 300 penumpang.

Encik Patee berkata syarikat itu, yang menarik pelaburan lebih satu bilion baht ($38.6 juta) menetapkan matlamat menarik 70 peratus pelancong yang memasuki Thailand melalui udara.

Sebagai permulaan, ia akan menawarkan penerbangan ulang-alik di rantau ini termasuk ke Singapura, Tokyo, Hong Kong dan Taiwan. 

Pada 2025, ia akan memulakan penerbangan ke Eropah. 

Menurut Encik Patee, Really Cool Airlines akan memberi tumpuan kepada laluan udara antarabangsa untuk mengelak daripada bersaing dengan penerbangan domestik mapan.

Really Cool Airlines ialah anak syarikat RC Airlines, yang dimulakan pada Mac tahun ini, dengan modal 200 juta baht.

Encik Patee ialah pengasas dan pengarah syarikat tersebut, sementara pengarah lain adalah rakan-rakan beliau daripada industri lain.

Encik Patee ialah mantan ketua eksekutif syarikat penerbangan bajet Thai, Nok Air. Beliau meletak jawatan pada 2017 untuk menubuhkan syarikat wadah pelancongan bernama Really Cool.

Beliau berkata industri penerbangan yang teruk terjejas semasa pandemik Covid-19, masih berdepan beberapa cabaran dan masih melalui proses pemulihan yang perlahan.

Konflik Rusia-Ukraine dan keruntuhan beberapa bank komersial juga memainkan peranan, kata beliau.

Syarikat penerbangannya kini sedang menggunakan teknologi baru dan idea inovatif untuk mengurangkan kos dan menambah keselesaan dan keselamatan penumpang. 

Nilai industri penerbangan Thailand menguncup daripada 320 juta baht sebelum pandemik kepada 130 bilion baht pada tahun lalu, walaupun ada tanda-tanda pemulihan yang berterusan pada tahun ini.

Tujuh syarikat penerbangan utama menguasai bahagian terbesar pasaran, iaitu syarikat penerbangan negara Thai Airways International, Nok Ai, Thai Smile, Thai AirAsia X, Thai Vietjet, Thai Lion Air dan Thai Air Asia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >