Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Senator AS ragu tentang syarat pulih hubungan Saudi-Israel

Bimbang jika Washington beri jaminan keselamatan, bantuan nuklear kepada Riyadh
Oct 05, 2023 | 02:35 PM



WASHINGTON: Sekumpulan 20 senator Demokrat melahirkan pada Rabu sokongan bagi pemulihan hubungan antara Arab Saudi dengan Israel, tetapi mengemukakan kebimbangan mengenai sembarang jaminan keselamatan Amerika Syarikat atau bantuan nuklear kepada Riyadh.


Dalam sepucuk surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, para senator itu menggariskan tentangan yang mungkin dihadapi Rumah Putih daripada Kongres jika pentadbirannya menjadi perantara perjanjian penting yang membuka hubungan diplomatik antara musuh lama Israel dengan Arab Saudi. Ia sebagai balasan jika Washington memenuhi tuntutan Riyadh.

“Perjanjian buruk boleh menjejas keutamaan keselamatan negara Amerika,” kata Senator Encik Chris Murphy.

Beliau, bersama rakan senator, Encik Chris Van Hollen, Encik Peter Welch dan Encik Dick Durbin, adalah antara yang menandatangani surat tersebut.

“Amerika telah lama mengelak daripada memberikan jaminan keselamatan yang disokong oleh perjanjian di Timur Tengah yang tidak menentu, rantau yang penuh dengan konflik.

“Bukti yang kukuh diperlukan untuk menunjukkan bahawa perjanjian pertahanan yang mengikat dengan Arab Saudi... sejajar dengan kepentingan Amerika,” kata surat itu.

Campur tangan itu dibuat ketika Amerika meneruskan apa yang akan menjadi perjanjian bersejarah untuk memulihkan hubungan antara Israel dengan Arab Saudi tetapi menonjolkan halangan politik dalam laluannya.

Di bawah terma luas perjanjian antara tiga negara – Amerika, Arab Saudi dan Israel – Amerika akan menawarkan beberapa jaminan keselamatan kepada Riyadh dan bantuan bagi program nuklear awam, manakala Israel akan mengambil langkah ke arah memperbaiki keadaan rakyat Palestin.

Sebarang komitmen keselamatan Amerika dan bantuan nuklear hampir pasti memerlukan kelulusan Kongres.

Demokrat menyatakan mereka berhati-hati dengan permintaan Arab Saudi untuk memperkayakan uranium di buminya sendiri sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama nuklear awam.

Menurut surat itu, kelulusan mereka bagi sebarang perjanjian juga akan bergantung pada Israel mengambil langkah bermakna ke arah menghentikan pertumbuhan petempatan dan meningkatkan kebebasan bergerak bagi rakyat Palestin.

Komitmen sedemikian daripada Israel adalah “penting untuk sebarang keamanan yang mampan di Timur Tengah dan bagi memelihara masa depan Israel sendiri sebagai negara Yahudi yang demokratik”, tambahnya.

Para senator itu berkata mereka bimbang tentang keinginan Arab Saudi mendapatkan jaminan keselamatan, memandangkan rekod hak asasi manusia kerajaan itu.

Kongres telah mengkritik Arab Saudi berikutan pembunuhan wartawan, Encik Jamal Khashoggi pada 2018 dan keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mengurangkan pengeluaran minyak.

“Jika kita mengadakan perjanjian dengan Arab Saudi, yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk, di mana mereka berfoya-foya dengan China dan menetapkan pada kita mengenai harga minyak, maksud saya, apa untungnya untuk kita? ” tanya Encik Welch kepada pemberita pada Rabu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >