Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Selangor tingkat bantuan kelengkapan banjir bagi 10,000 mangsa

Oct 05, 2023 | 12:27 PM



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meningkatkan persediaan kelengkapan bantuan asas banjir untuk kira-kira 10,000 mangsa, iaitu kenaikan sekali ganda berbanding jumlah persiapan untuk bencana tersebut sebelum ini.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pertambahan bantuan itu berikutan berlaku peningkatan bilangan mangsa banjir berbanding jumlah bantuan yang disediakan ketika bencana itu berlaku pada 2021.

“Untuk itu, saya mengarahkan JKM menyediakan tambahan sekali ganda kerana kita bimbang berlaku sebagaimana banjir pada 2021 berikutan ada lebihan mangsa banjir,” katanya pada sidang media khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, seperti yang dilapor The Star.


Datuk Amirudin berkata beliau telah meminta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyediakan aset berkaitan dan memastikan ia berada dalam keadaan baik.

Katanya, pembelian beberapa bot di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) juga telah dilaksanakan pada 2022, manakala latihan serta simulasi berkaitan bencana itu juga dilakukan.

“Semua PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta jabatan berkaitan juga sudah diarah segera membersihkan kolam takungan, saliran, parit dan longkang terutama di kawasan berisiko tinggi banjir.

“Ini bagi membolehkan sistem saliran air berfungsi secara optimum sebelum memasuki awal November,” katanya, sambil menambah bahawa pusat media juga akan dibuka di Bangunan SUK atau di tempat yang ditetapkan untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan bencana.

Dalam perkembangan lain, Datuk Amirudin berkata bermula 25 Oktober ini, seramai 760 imam seluruh negeri akan menerima bayaran bulanan yang ditingkatkan daripada RM1,300 ($376.9) kepada RM1,500 sebulan yang akan diselaraskan Jabatan Agama Islam Selangor.

Beliau berkata elaun bagi 1,900 nazir, bilal, dan siak akan dinaikkan sebanyak RM50 sebulan menjadikan RM300 elaun sebulan untuk nazir, RM340 (bilal) serta RM290 (siak).

Datuk Amirudin berkata kerajaan Selangor juga akan memberikan RM1,000 kepada 500 pengusaha dalam bidang tanaman, ternakan, akuakultur, industri asas tani serta nelayan sebagai bantuan dan insentif agar kadar pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan.

“Pemberian akan dibuat dalam bentuk tunai sebanyak RM500, manakala bakinya akan diberikan menerusi input tanaman, peralatan dan bahan mentah yang akan mula diserahkan pada 31 Oktober ini melalui kerjasama Agro Bank Selangor serta Koperasi Kohijrah Warga Hijrah Selangor Bhd,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >