Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sewa kondo di JB cecah $1,400 sebulan; ada yang lebih tinggi daripada KL

Oct 09, 2023 | 04:28 PM



KUALA LUMPUR: Kadar sewa sesetengah kondominium di Johor Bahru telah meningkat setinggi RM5,000 ($1,446) sebulan didorong bilangan pengunjung dari Singapura yang meningkat dengan ketara.


Kadar sedemikian dikatakan lebih tinggi daripada kadar sewaan di pusat bandar Kuala Lumpur sejak sempadan Singapura dan Malaysia dibuka semula selepas pandemik pada April 2022, lapor BH Online Malaysia.

Menukil laporan media tempatan, penganalisis RHB Research, Encik Loong Kok Wen, berkata beberapa pengendali Airbnb menyatakan kadar penghunian unit-unit di bawah pihak pengurusan meningkat kepada purata 70 hingga 80 peratus buat masa ini.

Dalam satu nota penyelidikan, Encik Loong berkata: “Kami dapati bahawa kadar sewaan bulanan bagi sesetengah kondominium di pusat bandar (di Johor) telah mula meningkat kepada RM5,000 seunit daripada RM2,500, apabila sempadan dibuka semula, mencecah paras kadar sewaan di pusat bandar Kuala Lumpur.”

Sebagai perbandingan menurut laman syarikat kiriman wang Instarem, kadar sewa bulanan kondominum dua bilik di pusat bandar Kuala Lumpur bermula dari RM4,406.

Beliau menambah segmen lain yang merekodkan perbelanjaan besar termasuk makanan dan minuman (F&B), kesejahteraan kesihatan dan kecantikan serta penyelenggaraan kereta.

Projek berhampiran dengan Sistem Transit Rapid (RTS) akan terus menerima permintaan kukuh, dan kuasa perbelanjaan pengguna yang dipacu oleh dolar Singapura dijangka memberi kesan limpahan terhadap syarikat-syarikat runcit, hospitaliti dan hartanah di luar pusat bandar pada masa hadapan, jelas Encik Loong.

Beliau berkata: “Semasa pertemuan kami, Ahli Majlis Eksekutif Negeri Johor untuk pelaburan, perdagangan dan hal ehwal pengguna, Encik Lee Ting Han, menyatakan bahawa zon kewangan khas Johor-Singapura mungkin membabitkan beberapa sektor tertentu, dan terma rujukan yang akan dimuktamadkan dalam mesyuarat pada akhir bulan ini oleh pemimpin kedua-dua negara ini seharusnya memudahkan perbincangan lanjut mengenai kerjasama.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >