Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek tembakan rambang di Lewiston ditemui mati

Oct 28, 2023 | 02:46 PM



WASHINGTON: Suspek insiden tembakan rambang di bandar Lewiston, Maine di Amerika Syarikat yang mengorbankan puluhan orang dilaporkan sudah meninggal dunia.


Laporan CNN yang memetik beberapa sumber mendakwa Robert R. Card, 40 tahun, maut akibat luka tembakan di kepala.


Menurut sumber, mayat Card ditemukan di hutan berhampiran Lisbon, kira-kira 12.78 kilometer dari Lewiston.

CNN yang memetik sumber penguatkuasaan undang-undang melaporkan suspek itu ditemukan di kawasan berhampiran kilang kitar semula, lokasi dia dipecat baru-baru ini.


Terdahulu, polis melancarkan gerakan memburu Card sejak kejadian tembakan berlaku pada petang Rabu.

Polis mengenal pasti Card sebagai suspek kes itu selepas memuat naik gambar di laman Facebook menunjukkan seorang lelaki memegang senapang separa automatik.

Card dilihat dalam rakaman pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) mengacukan senjata itu ketika berjalan ke lorong boling di bandar Lewiston.

Sebelum ini, CNN yang memetik sumber penguatkuasaan undang-undang melaporkan Card merupakan tenaga pengajar senjata api bertauliah dan anggota simpanan tentera Amerika Syarikat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >