Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Israel sahkan tebusan terbunuh dalam operasi menyelamat

Jan 04, 2024 | 11:37 AM



TEL AVIV: Tentera Israel mengesahkan pada 3 Januari bahawa seorang tebusan yang diculik dalam serangan Hamas pada 7 Oktober terbunuh semasa satu operasi menyelamat tentera yang gagal di Jaluran Gaza pada Disember.


Encik Sahar Baruch, antara 250 tebusan yang ditawan oleh kumpulan Hamas dan dibawa ke Gaza selepas serangan mengejut di selatan Israel, disahkan meninggal dunia pada Disember oleh komuniti kibbutznya.

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka telah memaklumkan keluarga Encik Baruch bahawa beliau terbunuh semasa “satu percubaan menyelamatkannya pada 8 Disember”.

“Pada peringkat ini, kami tidak dapat menentukan keadaan di sebaliknya kematiannya dan sama ada beliau terbunuh oleh tembakan (Israel) atau dibunuh oleh Hamas,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Hamas mengumumkan kematian Encik Baruch pada 9 Disember dan menyatakan beliau terbunuh semasa percubaan oleh tentera Israel untuk menyelamatkannya dan mengeluarkan video yang menunjukkan mayatnya.

Terdahulu dalam satu laporan, agensi berita Reuters melaporkan tentera Israel membunuh tiga tebusan Israel di Gaza selepas menyangka laungan mereka meminta pertolongan adalah muslihat anggota Hamas untuk melakukan serangan hendap.


Tentera Israel mengaku bertanggungjawab membunuh tiga tebusan yang diculik Hamas itu dalam insiden pada 15 Disember. 

Tiga mangsa itu, yang berumur 22, 26 dan 28 tahun, merupakan antara 250 orang yang dijadikan tebusan oleh Hamas apabila mereka menyerang selatan Israel pada 7 Oktober.

Tentera Israel menerbitkan keputusan siasatannya dan menyimpulkan tiada niat jahat dalam insiden tersebut dan anggotanya melakukan tindakan yang betul mengikut pemahaman terbaik mereka tentang situasi pada masa itu.

Ketua Tentera Israel, Jeneral Herzi Halevi, menekankan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard.

Pembunuhan tiga tebusan ketika mereka mendekati askar Israel di kawasan Shejaiya di Bandar Gaza mengejutkan warga Israel.

Siasatan mendapati semasa pertempuran sengit berlaku tiada risikan menunjukkan tebusan ditahan di bangunan tersebut.

Tentera berkata rakaman menunjukkan tebusan itu menanggalkan baju dan seorang daripada mereka mengibarkan bendera putih tetapi tiga lelaki itu hanya dikenal pasti sebagai tebusan selepas mayat mereka diperiksa.

Jeritan tebusan meminta bantuan juga disalah tafsir sebagai penipuan oleh anggota Hamas yang cuba menarik tentera ke dalam serangan hendap.

“IDF gagal dalam misinya untuk menyelamatkan tebusan ketika itu. Seluruh rantaian perintah berasa bertanggungjawab atas peristiwa sukar ini, menyesali keputusan ini dan berkongsi kesedihan keluarga tiga tebusan itu,” kata Jeneral Halevi.

Semasa gencatan senjata, Hamas membebaskan lebih 100 tebusan wanita, kanak-kanak dan warga emas sebagai pertukaran bagi pembebasan wanita dan remaja Palestin yang ditahan di penjara Israel. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >