Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thaksin mungkin layak dapat parol dalam tempoh 4 bulan

Sep 04, 2023 | 12:56 PM



BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra mungkin layak mendapat parol dalam tempoh empat bulan kerana beliau merupakan seorang banduan warga emas yang mengalami masalah kesihatan kronik, kata sumber dari Kementerian Kehakiman pada Ahad.


Sumber itu menjelaskan bahawa Akta Penjara 2007 memerlukan banduan menjalani sekurang-kurangnya satu pertiga daripada hukuman untuk layak diikat jamin.

Raja Thailand telah memberikan pengampunan kepada Encik Thaksin dan sekali gus mengurangkan hukuman lapan tahun kepada satu tahun. Pengampunan itu diterbitkan dalam Warta Diraja pada Jumaat.

Di bawah peraturan, bekas perdana menteri itu perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya empat bulan sebelum beliau boleh memohon pembebasan.

Agensi berita The Nation memetik sumber itu sebagai berkata jika parol Encik Thaksin diluluskan, beliau akan dibawa berjumpa pegawai parol dalam tempoh tiga hari.


Pegawai itu kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk Encik Thaksin melaporkan kepada pegawai parol setiap bulan.

Pegawai parol juga akan menentukan sama ada Encik Thaksin dikehendaki memakai alat pemantauan elektronik.

Sumber berkata beliau berkemungkinan akan dikecualikan daripada memakai alat pemantau tersebut kerana mempunyai beberapa masalah kesihatan kronik.

Selain itu, sumber itu berkata Encik Thaksin pernah berkhidmat sebagai perdana menteri dan telah pulang ke tanah air untuk menghadapi keadilan tanpa melakukan sebarang percubaan untuk melarikan diri.

Sumber itu menambah bahawa hukuman penjara Encik Thaksin boleh dikurangkan lagi, menyebabkan beliau layak dibebaskan apabila Thailand menandakan tarikh penting yang berkaitan dengan pemerintahan beraja, seperti ulang tahun kematian Raja Rama IX pada 13 Oktober atau hari lahirnya pada 5 Disember, yang juga dikenali sebagai Hari Bapa Kebangsaan.

Baru-baru ini, media Thailand melaporkan bahawa anak perempuan Encik Thaksin, Cik Paetongtarn Shinawatra, mendakwa bapanya mengalami keletihan dan tekanan sejak akhir-akhir ini.

Sedang kritikan semakin lantang bahawa Encik Thaksin diberi layanan istimewa selepas dipindahkan ke hospital beberapa jam pada malam pertamanya di penjara, Cik Paetongtarn memberitahu media bahawa keadaan bapanya itu adalah akibat jangkitan Covid-19 pada 2020.

Menurutnya, Encik Thaksin pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama sembilan hari dan dirawat di hospital selama sebulan pada 2020.

“Dia (Thaksin) akan kekal di Hospital Besar Polis buat masa ini. Tiada rancangan untuk memindahkannya ke hospital swasta kerana pasukan perubatan di Hospital Besar Polis adalah baik,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti Pheu Thai pada Selasa lalu, sehari selepas melawat ayahnya di hospital. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >