Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan Perdana Menteri Thailand berpeluang dapat pengampunan diraja

Thaksin masuk hospital selepas semalaman di penjara

Aug 23, 2023 | 01:50 PM



BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, telah dipindahkan ke hospital polis pada Rabu kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah tinggi pada hari pertama menjalani hukuman penjara selepas pulang ke tanah air, sehari sebelumnya.


Namun, status kesihatan Encik Thaksin masih belum jelas pada Rabu sedang mereka yang rapat dengan Encik Thaksin tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk memberikan komen.


Jabatan Pembetulan dalam satu kenyataan berkata, Encik Thaksin berasa tekanan di dada dan menghadapi tekanan darah tinggi, telah dirujuk ke hospital polis Bangkok pada sekitar 2 pagi Rabu.  

Encik Thaksin mempunyai masalah kesihatan sedia ada yang berkaitan dengan jantung, paru-paru, tulang belakang serta tekanan darah, justeru beliau dipantau dengan teliti, ujar jabatan itu lagi.

Penolong Ketua Polis Negara, Leftenan Jeneral Prachuab Wongsuk, berkata:

“Pihak penjara telah menilai keadaan dan mendapati ia kekurangan doktor serta peralatan perubatan untuk keperluan penjagaan pesakit berkenaan.”

Bagaimanapun, Encik Prachuab tidak memaklumkan masalah kesihatan Encik Thaksin secara khusus.

Mahkamah Agung Thailand pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun ke atas Encik Thaksin, 74 tahun, selepas mendapati beliau bersalah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan.

Encik Thaksin kembali ke Thailand selepas menjalani kehidupan di luar negara selama 15 tahun. Encik Thaksin berada di dalam bilik persendirian di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok dan hanya akan bertemu ahli keluarga pada hari kelima.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan, Encik Sitthi Sutivong berkata, Encik Thaksin memiliki peluang mendapatkan pengampunan diraja, dan proses tersebut dijangka memakan masa satu hingga dua bulan.

Beliau menyatakan bahawa Encik Thaksin telah mengemukakan permohonan pengampunan diraja, sejurus selepas menjalani hukuman penjara.

“Proses ini mungkin mengambil masa satu hingga dua bulan, tergantung pada jumlah dokumen yang dikemukakan,” katanya dalam sidang media pada Selasa. Permohonan pengampunan diraja akan diajukan kepada jawatankuasa Jabatan Pemulihan.

“Jawatankuasa ini akan meneruskan permohonan kepada Kementerian Kehakiman, dan kemudian perdana menteri akan menyampaikannya untuk pertimbangan Majlis Privi,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >