Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiga sahabat bebas tuduhan bunuh

Oct 26, 2023 | 05:10 PM



PUTRAJAYA: Tiga sahabat dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Khamis, daripada kesalahan membunuh seorang lelaki pada 2016, yang mayatnya sehingga kini tidak ditemui.


Sebaik keputusan rayuan itu dibacakan, tiga sahabat berkenaan, Encik Mohd Zulhiami Md Darus, 37 tahun, dan Encik Muhammad Rahmat Nazarudin, 29 tahun, dilihat saling berpelukan di kandang tertuduh, manakala Cik Siti Nor Asiah Abdul Wahab, 32 tahun, mengalirkan air mata.

Ketiga-tiga mereka sudah dipenjara selama tujuh tahun sejak 2016.

Ketiga-tiga sahabat itu merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 April 2022 yang mengesahkan sabitan dan hukuman gantung diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Oktober 2019.

Keputusan dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Abu Bakar Jais, lapor Berita Harian Malaysia.


Panel hakim sebulat suara membenarkan rayuan ketiga-tiga perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini mensabitkan mereka dengan hukuman mati atas pertuduhan itu.

“Perayu menimbulkan beberapa isu dan kami mendapati isu utama adalah sama ada perayu dinafikan hak perbicaraan adil.

“Selepas mendengar hujah perayu dan pendakwa raya, serta meneliti alasan kehakiman dan rekod rayuan, kami berpuas hati keseluruhan perbicaraan berlangsung dengan tidak menepati undang-undang.

“Hal ini memprejudiskan perayu mengakibatkan sabitan tidak selamat, jadi kami membenarkan ketiga-tiga perayu dilepas dan dibebaskan,” katanya dalam penghakiman ringkasnya.

Encik Mohd Zulhiami dan Cik Siti Nor Asiah didakwa bersubahat bersama Encik Muhammad Rahmat membunuh Allahyarham Mohammad Fairul Haqiemie, 21 tahun, iaitu teman lelaki baru tertuduh wanita.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12.30 tengah malam dengan 1 pagi pada 29 Ogos 2016 di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Yusof Shahbudin 3, Taman Sentosa, Klang, Selangor.

Encik Muhammad Rahmat turut didakwa membunuh Allahyarham Mohammad Fairul pada 4 pagi, di lokasi dan hari sama.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Halim Aman meminda pertuduhan pada akhir kes pendakwaan iaitu masa dan tarikh kejadian pada 4 pagi, 30 Ogos 2016, manakala tempat kejadian masih sama.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Cik Siti Nor Asiah; Encik Kitson Foong Encik mewakili Mohd Zulhiami dan Encik Fahri Azzat mewakili Encik Muhammad Rahmat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Cik Parvin Hameedah Mohd Khaja dan Cik Aida Khairuleen Azli mewakili pihak responden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >