Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Turkey bebaskan 7 tebusan lelaki bersenjata pro-Gaza selang 9 jam

Feb 02, 2024 | 01:35 PM



ISTANBUL: Polis Turkey telah membebaskan tujuh pekerja yang dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata pro-Palestin, di sebuah kilang berhampiran Istanbul yang dimiliki oleh syarikat gergasi barangan pengguna Amerika Syarikat, Procter & Gamble sebagai protes terhadap perang di Gaza.


Pegawai tempatan berkata polis melakukan serbuan hampir sembilan jam selepas pergaduhan itu apabila seorang lelaki bersenjata berehat di bilik air.

Lelaki itu ditahan tanpa cedera, kata gabenor tempatan, Encik Seddar Yavuz kepada pemberita pada 1 Februari.

“Matlamat lelaki itu adalah untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza dan membuka pintu Rafah di Mesir” untuk penghantaran bantuan kemanusiaan bagi orang awam yang terperangkap, kata Encik Yavuz, dipetik agensi berita, AFP.


“Apabila (lelaki itu) keluar untuk berehat di bilik air, pasukan keselamatan kami melakukan operasi tanpa mencederakan tebusan.”

Gambar dan video penyerang yang dikongsi dalam talian oleh salah seorang tebusan dan disahkan oleh AFP menunjukkan seorang lelaki – mukanya disembunyikan oleh selendang Palestin – memegang pistol, dengan apa yang kelihatan seperti ves bunuh diri, yang diikat di dadanya.


Lelaki itu berdiri di sebelah lukisan bendera Palestin dan perkataan “pintu akan dibuka untuk Gaza” dilukis di dinding dengan warna merah.

Encik Yavuz berkata lelaki itu membawa dua senjata api dan kelihatan mempunyai bahan letupan diikat di dadanya, sambil menambah bahawa “kami perlu menilai setiap kemungkinan”.

Saudara-mara tebusan yang tertekan yang berkumpul di kemudahan yang dikepung itu, bertepuk tangan apabila dimaklumkan mengenai pembebasan orang tersayang oleh pegawai tempatan.

“Kami sangat gembira selepas menunggu berjam-jam lamanya,” kata Cik Fatma Dursun, yang anak saudaranya telah dijadikan tebusan.

“Alhamdulillah mereka semua selamat dan sihat,” katanya.

Saudara-mara tebusan pada mulanya mempersoalkan, mengapa penyerang akan menyasarkan pekerja di Turkey – sebuah negara yang sangat menyokong perjuangan Palestin – untuk menunjukkan perpaduannya dengan penduduk Gaza.

“Dia sepatutnya melakukan ini untuk Islam, tetapi merekalah yang paling memudaratkan Islam,” kata Encik Sedat Degirmenci, yang menantunya telah dijadikan tebusan.

“Jika anda melakukan ini untuk Palestin, pergi dan berjuang di sana,” tambah Cik Cigdem Aydemir, ibu kepada seorang wanita berusia 26 tahun, yang dijadikan tebusan di kilang itu.

Seperti saudara-mara lain, Cik Aydemir mengikuti akaun Instagram tebusan, untuk mendapatkan maklumat terkini tentang situasi itu.

Akaun itu tidak dapat diakses menjelang petang 1 Februari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >