Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Islam pertama disah jadi hakim persekutuan Amerika

Jun 17, 2023 | 02:55 PM



Kumpulan kebebasan sivil Amerika Syarikat dan advokasi Islam mengalu-alukan pengesahan Cik Nusrat Jahan Choudhury, wanita Islam pertama dan asal Bangladesh yang dicalon dan disahkan sebagai Hakim Persekutuan di Amerika.

Senat Amerika Syarikat mengundi mengesahkan pelantikan Cik Choudhury pada Khamis dan beliau akan berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Timur New York.

“Undi yang dinanti-nantikan hari ini untuk melantik Cik Nusrat Choudhury ke panel kehakiman persekutuan adalah bersejarah kerana banyak sebab.

“Cik Choudhury telah menumpukan kerjayanya demi memastikan semua orang dilayan secara adil oleh sistem undang-undang kami,” kata Encik Omar Farah, pengarah eksekutif kumpulan Muslim Advocacy yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dalam satu kenyataan.

“Pengesahannya hari ini bermakna seseorang yang telah bekerja di bidang hak sivil dan menghadapi halangan terhadap keadilan yang wujud dalam terlalu banyak masyarakat akan membuat keputusan penting sebagai hakim persekutuan.”

Cik Choudhury telah dicalonkan oleh pentadbiran Presiden, Encik Joe Biden pada Januari 2022, dan sejumlah keadilan sosial, kebebasan sivil dan kumpulan hak asasi Islam menyokong pencalonannya.

Pengesahannya adalah satu peristiwa penting bagi perwakilan golongan Islam dalam sistem perundangan Amerika Syarikat menurut penyokongnya.

Ini kerana kadangkala masyarakat Islam negara itu mengalami diskriminasi dan penyalahgunaan kebebasan sivil.

Cik Choudhury sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah undang-undang Kesatuan Pembebasan Sivil Amerika (ACLU) cawangan Illinois, sebuah organisasi kebebasan awam Amerika Syarikat yang terkenal.

Di sana, beliau telah bekerja dalam isu-isu seperti keadilan jenayah, kepolisian, dan pengawasan kerajaan terhadap masyarakat Islam.

“Cik Nusrat Choudhury ialah seorang peguam hak sivil yang terkenal dengan rekod luar biasa dalam memajukan keadilan sama rata untuk semua di negara kita,” kata Encik Anthony D. Romero, pengarah eksekutif ACLU, dalam satu kenyataan berita mengalu-alukan pengesahannya.

“Dedikasinya yang tidak mengenal penat lelah terhadap hak-hak sivil mendorongnya untuk mempelopori litigasi terhadap amalan yang menghukum orang ramai kerana kemiskinan, terutamanya bagaimana usaha menjana pendapatan tempatan menyebabkan orang miskin dipenjarakan kerana denda tidak dibayar tanpa perbicaraan mahkamah,” kata Encik Romero.

Surat yang ditujukan kepada Senator Dick Durbin dari Jawatankuasa Kehakiman Senat oleh beberapa kumpulan advokasi yang menyokong pencalonannya menyatakan bahawa New York, tempat Cik Choudhury akan berkhidmat, adalah kediaman kepada beberapa masyarakat Islam dan Bangladesh terbesar di negara itu.

“Pengesahan Cik Choudhury akan menambah kepelbagaian peribadi dan profesional kepada mahkamah, unsur-unsur yang amat diperlukan bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap lembaga kehakiman, dan untuk melengkapkan mahkamah dengan lebih baik untuk memberikan keadilan yang sama rata,” menurut surat itu.

Pemimpin Majoriti Senat Demokrat Encik Chuck Schumer, yang membantu meluluskan pencalonan Cik Choudhury, juga meraikan pengesahan itu dalam satu catatan di Twitter pada Khamis.

“Demokrat Senat telah mengesahkan 21 hakim Asia Amerika ke panel hakim persekutuan – diikat dengan Presiden Barack Obama untuk yang paling banyak disahkan oleh seorang presiden,” katanya.

“Kami akan teruskan!” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >