Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AI sebabkan lebih 50,000 pekerjaan global ditiadakan pada 2025

Dec 22, 2025 | 4:38 PM
AI, job lost
Sehingga kini, syarikat-syarikat telah menyatakan penerapan kecerdasan buatan (AI) sebagai sebab pemotongan lebih 50,000 pekerjaan, walaupun ramai percaya kesannya jauh lebih besar. - Foto ST

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) kian meluas di serata dunia, sekali gus menyebabkan ratusan ribu pekerjaan akan atau telah dibubarkan syarikat gergasi.

Terbaru, syarikat teknologi Amerika Syariat, IBM, antara yang bakal memotong ribuan pekerjaan pada suku keempat 2025.

Sehingga kini, syarikat-syarikat telah mengaitkan penerapan AI sebagai punca pemotongan lebih 50,000 pekerjaan, meskipun ramai menjangkakan impaknya jauh lebih besar, lapor The Straits Times (ST).

Menurut laporan Bloomberg Intelligence, bank di seluruh dunia dijangka mengurangkan hingga 200,000 pekerjaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang apabila AI mengambil alih tugas manusia.

Antara lain, peruncit dalam talian terkemuka Amazon mengumumkan pada Oktober pemotongan 14,000 pekerjaan korporat.

Ketua sumber manusianya, Cik Beth Galetti, berkata AI merupakan “teknologi paling transformatif” yang pernah disaksikan syarikat itu sejak Internet.

Reuters sebelum ini melaporkan Amazon merancang untuk memotong sehingga 30,000 pekerja di seluruh dunia.

IBM pula mendedahkan rancangan pada November untuk memotong ribuan pekerjaan pada suku keempat 2025, sebagai sebahagian peralihan fokus ke arah segmen perisian bermargin tinggi.

Syarikat itu menyatakan langkah tersebut menjejaskan “peratusan satu digit rendah” daripada keseluruhan tenaga kerjanya.

Walaupun melabur besar dalam teknologi awan berkaitan AI, IBM mencatatkan kelembapan pertumbuhan dalam segmen perisian awan utamanya pada Oktober.

Gergasi pengiklanan Omnicom mengumumkan pada 1 Disember pemberhentian lebih 4,000 pekerja susulan pengambilalihan Interpublic Group (IPG).

Syarikat itu berkata kebanyakan pemberhentian pekerja melibatkan peranan pentadbiran, selain beberapa jawatan kepimpinan.

Selepas pusingan tersebut selesai, kira-kira 85 peratus peranan akan tertumpu kepada kerja berfokuskan pelanggan.

Di Singapura, DBS menjangkakan pengurangan kira-kira 4,000 kakitangan kontrak dan sementara dalam tempoh tiga tahun akan datang apabila AI semakin mengambil alih peranan tertentu.

DBS kini mempunyai sekitar 41,000 kakitangan.

Syarikat lain merentasi pelbagai sektor turut melaksanakan langkah serupa.

Nestle pula merancang untuk melepaskan 16,000 pekerja dalam tempoh dua tahun sebagai sebahagian usaha penjimatan kos.

Sementara itu, Intel telah memulakan beberapa pusingan pemberhentian di Amerika sejajar dengan penyusunan semula operasinya.

Dalam sektor teknologi dan perkhidmatan, syarikat seperti Microsoft, HP dan firma perunding McKinsey turut mengaitkan pemberhentian pekerja dengan perubahan organisasi serta peningkatan penggunaan AI.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg