Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pendapatan CapitaLand Investment turun 3%

Nov 09, 2023 | 04:55 PM



Syarikat CapitaLand Investment (CLI) mencatatkan penurunan 3 peratus dalam pendapatannya kepada $2.1 bilion sepanjang sembilan bulan pertama 2023, berbanding $2.2 bilion dalam tempoh sama pada 2022.

Kemerosotan dalam pendapatan syarikat itu disebabkan pasaran China yang goyah dan penurunan 8 peratus dalam pendapatan perniagaan hartanah kepada $1.4 bilion. Namun, ia diimbangi dengan peningkatan 9 peratus dalam perniagaan berkaitan pendapatan yuran kepada $799 juta, kata pengurus pelaburan hartanah itu pada Khamis.

Namun, 64 peratus daripada pendapatannya dalam tempoh sembilan bulan itu datang daripada perniagaan pelaburan hartanah. Jumlah aset pada akhir September berjumlah $34.3 bilion, turun daripada $36.4 bilion pada tahun sebelumnya.

Nilai aset bersih CLI turun sekitar 5 peratus kepada $14.4 bilion, dengan syarikat itu menekankan bahawa lebih 50 asetnya – bernilai sekitar $10 bilion – dalam proses mahu dijual.

CLI juga menyatakan kegiatan ekonomi yang lemah di China telah menjejas prestasi hartanahnya, kerana aset China berjumlah $10.6 bilion membentuk sebahagian besar portfolionya dengan 31 peratus.

Pemacu pertumbuhan syarikat itu ialah perniagaan berasaskan yuran dan tidak melibatkan banyak aset, yang terdiri daripada dana swasta, dana tersenarai, penginapan dan pengurusan komersial. Segmen itu mencatatkan pertumbuhan pendapatan paling kukuh dalam pengurusan penginapan, dengan peningkatan 31 peratus tahun ke tahun.

Ini terutamanya diterajui prestasi operasi lebih kukuh dan sumbangan lebih tinggi daripada pembekal blok apartmen servis Oakwood, yang telah diperoleh pada Julai 2022.

Oakwood juga merekodkan pertumbuhan dalam pendapatan setiap unit tersedia (RevPAU) merentasi pelbagai pasaran, didorong penghunian dan kadar harga unit lebih tinggi.

RevPAU keseluruhan meningkat sebanyak 25 peratus, manakala kadar penghunian meningkat 9 mata peratusan dan purata kadar harian meningkat 8 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >