Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat S’pura dan Sichuan tandatangani 6 MOU

Kerjasama tercapai di belakang rekod perdagangan dua hala sebanyak AS$2.7 bilion pada 2022
Jun 26, 2023 | 04:21 PM



Syarikat Singapura dan Sichuan telah menandatangani enam memorandum persefahaman (MOU) baru semasa mesyuarat perdagangan dan pelaburan di Chengdu pada Ahad.

Menurut Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan) Dr Tan See Leng, kerjasama itu mencerminkan minat berterusan oleh syarikat Singapura di Sichuan.

Dr Tan berkata demikian semasa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Singapura-Sichuan (SSTIC) ke-23, yang dipengerusikan bersama oleh beliau dan juga naib gabenor Sichuan, Encik Yang Xingping.

Turut hadir adalah Gabenor Sichuan dan penasihat Sichuan bagi SSTIC, Encik Huang Qiang.

Di mesyuarat itu, Dr Tan juga mengesahkan “kekuatan dan daya tahan hubungan ekonomi Singapura-Sichuan” yang telah membawa perdagangan dua hala kedua-dua negara mencapai paras tertinggi sepanjang masa sebanyak AS$2.7 bilion ($3.65 bilion) pada 2022, meningkat 38.9 peratus dari tahun ke tahun.

Singapura juga merupakan pelabur asing terbesar di Sichuan tahun lepas dengan pelaburan sebenar kumulatif kira-kira AS$4.2 bilion merentasi 737 projek.

“Kemajuan yang baik” juga telah dibuat dalam tiga tema SSTIC, kata Dr Tan.

Pertama, mengenai perdagangan dan ketersambungan, syarikat Singapura dan Sichuan terus memanfaatkan peluang baru.

Apeiron Bioenergy, sebagai contoh,, menandatangani MOU dengan Longchang Yuanjuon pada Ahad untuk memproses minyak masak dan sisa terpakai menjadi produk biodiesel untuk dieksport ke Eropah.

Kedua, mengenai inovasi, Dr Tan berkata: “Taman Inovasi Teknologi Tinggi Singapura-Sichuan kekal sebagai pintu masuk bagi pengembangan syarikat Singapura ke China.”

Beliau memberi contoh perkongsian antara InnoVen Capital China dan Dana Pelaburan Ekuiti Industri Utama Ziyang, yang komited untuk menyokong syarikat pemula teknologi dan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat, dan membangunkan rantaian industri yang berkaitan di Sichuan.

“Ketiga, syarikat kecil dan sederhana (SME) Singapura optimis tentang peluang perniagaan yang semakin meningkat di Sichuan, terutama di Chengdu kerana ia berkembang menjadi pusat penggunaan antarabangsa,” katanya.

Pejabat Perwakilan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) Sichuan bersetuju bekerjasama dengan Persatuan Am Usahawan Sichuan dalam membolehkan lebih banyak pertukaran perniagaan dengan menganjurkan acara bersama, lawatan delegasi dan memudahkan pemadanan perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >