Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nasi lemak pandan Pak Mandor bangkit selera

Meneroka dunia aromatik nasi lemak, Kaki Makan minggu ini meninjau empat tempat jualan nasi lemak yang diundi oleh pembaca BERITA HARIAN. Setiap gerai mempunyai keistimewaan hidangannya tersendiri, sesuai untuk semua peringkat usia.
Nov 25, 2023 | 05:30 AM



Setibanya di kedai kopi di kawasan Yishun itu, kelihatan ramai pelanggan dengan pinggan bernasi hijau.







Hidangan nasi lemak pandan oleh gerai Pak Mandor Nasi Lemak, terletak di Blok 645, Yishun Streen 61, dimiliki oleh seorang wanita gigih, Cik Misniati Sagio, 67 tahun.

Selama tiga dekad, penduduk Yishun telah menikmati hidangan unggul nasi lemak pandan di kedai kopi tersebut. Nasinya harum dan teksturnya pula mempunyai ciri seperti pulut, enak dimakan.







Keistimewaan gerai Pak Mandor Nasi Lemak bukan sahaja terletak pada warna hijau yang menarik, malah dedikasi Cik Misniati terhadap mutu setiap pinggan.

Nasi lemak pandan adalah satu sentuhan unik pada hidangan klasik ini.

Penyatuan daun pandan tidak hanya memberikan warna berbeza malah aroma yang wangi dan perisa manis, mencipta pengalaman yang menyelerakan.

“Nasi lemak pandan memang sedap dan sangat harum. Daun pandan harus letak lebih, maka baunya naik. Kita tak boleh lokek bahan,” kongsi Cik Misniati dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini. Satu aspek yang luar biasa di gerai tersebut adalah komitmen Cik Misniati untuk menggunakan banyak bahan segar.


Ini jelas terbukti dengan setiap pinggan yang dijual, di mana kedua-dua potongan ayam dan ikan termasuk dalam set harga $3.50 sahaja.

Menerangkan mengapa pemilik itu mengekalkan harga rendah bagi jualannya, beliau menjawab:

“Pelanggan bayar murah, mereka gembira, saya pun gembira. Sedikit untung cukuplah. Saya tidak perlukan banyak. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ini semua rezeki masing-masing,” katanya dengan rendah hati. Menurutnya, mereka juga telah menaikkan harga baru-baru ini sebanyak 50 sen disebabkan kenaikan harga bahan mentah.

Di kedai kopi sederhana itu setiap pagi, tentunya ada barisan pelanggan yang beratur di Pak Mandor Nasi Lemak. Ada yang menjamu selera di kedai kopi itu dan ada yang akan membungkus beberapa paket untuk dibawa pulang.







Cik Misniati, yang berasal dari Batam, mengulas bahawa resipinya ini tiada bahan rahsia. Beliau menerapkan bahawa masakannya semua ikhlas dan beliau seronok berniaga sambil memasak.

Dengan menjual sekitar 200 pinggan setiap hari biasa, dan lebih tinggi lagi pada hujung minggu, gerai Pak Mandor Nasi Lemak menjadi pilihan nasi lemak yang menyelerakan bagi penduduk di kawasan perumahan Yishun.


Cik Misniati menguruskan kedai bersama anak keduanya, Cik Jumianti. Mereka memulakan hari mereka selepas solat subuh dan mengakhiri jualan sekitar 1 tengah hari.







Pak Mandor merupakan nama arwah suami Cik Misniati yang telah meninggal dunia sekitar 10 tahun lalu. Sebelum membuka gerai pasangan itu sendiri, Cik Misniati berkongsi bahawa mereka juga telah bekerja di gerai jualan lain, untuk mendapatkan pengalaman sebelum membuka gerai sendiri.

Gerai Pak Mandor Nasi Lemak bukan sekadar tempat untuk menikmati hidangan unik, ia juga merupakan bukti ketabahan Cik Misniati, komitmen terhadap mutu dan hasratnya untuk menyediakan harga hidangan berpatutan bagi menggembirakan pelanggan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >