Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Berbasikal dari Berlin ke Beijing demi anak Guatemala

Aug 13, 2023 | 05:31 AM



Apa yang menyatukan persahabatan dua insan? Bagaimana kenali sahabat anda untuk tahu jika dia seiring sejalan dengan anda? Inilah soalan yang terjawab ketika menonton dokumentari kembara dua sahabat dari zaman universiti, Nono Konopka dan Max Jabs, yang berjudul Biking Borders di Netflix baru-baru ini.


Konopka dan Jabs yang berasal dari Jerman kini karyawan filem. Mereka ternyata ‘klik’ kerana cinta pada filem, sukakan kerja kebajikan dan tidak suka menunggang basikal.

Menerusi dokumentari Biking Borders bagaimanapun, mereka berdua tinggalkan keselesaan kehidupan seharian dan juga temanita masing-masing untuk mengembara jauh dengan basikal selama 15,000 kilometer dari Berlin, Jerman, ke Beijing, China.


Matlamat mereka adalah bagi melaksanakan satu misi kemasyarakatan dalam membina sekolah di kawasan desa Guatemala. Negara ini mempunyai kadar kanak-kanak yang tidak boleh membaca paling tinggi di Amerika Latin. Mereka bekerjasama dengan badan amal Pencils of Promise.

Konopka dan Jabs pula berkongsi nyala rasa dalam memperjuangkan ketidaksamaan pendidikan di serata dunia. Justeru, mereka sanggup lakukan sesuatu yang mereka tidak dapat bayangkan seumur hidup iaitu berbasikal pada jarak jauh selama ratusan hari demi mengumpul dana untuk anak-anak di Guatemala.

Seronok dan adakalanya kasihan melihat dua sekawan ini berkunjung dari satu negara ke negara lain melepasi sempadan termasuk ke Greece, Turkey, Austria, Czechoslovakia dan Macedonia. Dalam panas mahupun hujan, mereka berkayuh tanpa henti.

Awalnya, mereka menganggapnya hanya sebagai idea gila-gila sesudah tamat pengajian universiti di Amsterdam. Mereka terdorong melakukan misi mereka sendiri selepas menonton dokumentari seorang lelaki berbasikal dari Oregon ke Patagonia.

Antara perkara yang timbul sepanjang perjalanan adalah apakah sesuai untuk gunakan selipar mewah dan bermutu jenama Adidas untuk berbasikal jauh? Ada masanya mereka tidur dalam khemah tetapi diburu kebimbangan lelapang itu terdedah pada serigala yang akan keluar dari rimba berdekatan.

Tungkus-lumus mereka berusaha mengumpulkan sejumlah 50,000 euro ($74,096) untuk membina sekolah di Guatemala. Lantaran itu, seperit mana pun, mereka tetap berbasikal juga dengan harapan penonton dokumentari dan warganet akan terpanggil untuk menderma apabila melihat hantaran Facebook mereka. Hingga kini, 347,900 euro sudah dikumpulkan.

Dokumentari ini mengajar tentang erti kemanusiaan. Sepanjang perjalanan berbasikal, mereka berdua bertemu penduduk ramah yang melambai-lambaikan tangan mereka dan tetap tersenyum walaupun tidak mampu berbahasa Inggeris atau Jerman.

Sokongan pada projek ini sangat luar biasa. Ia menunjukkan bahawa masih ramai lagi umat dunia yang berhati mulia untuk menderma. Ia mengajar tentang pengorbanan... bagaimana dua pemuda ini sanggup berlapar dahaga. Sebabnya, mereka tidak mahu minum air terlalu banyak sehingga badan terasa berat.

Mereka hanya makan roti dengan sardin atau mentega kacang sehinggalah akhirnya tiba di tempat selesa untuk merasakan makanan budaya lain seperti di penghujung jalan di Beijing di mana mereka singgah di beberapa gerai tempatan.

Selama 52 malam, mereka tinggal di dalam khemah yang dipasang sendiri dan pernah ada kejadian mengerikan khemah mereka didatangi beruang besar. Selama 28 hari, mereka diundang insan berhati mulia yang menawarkan mereka tempat untuk bermalam, manakala sebanyak 20 kali, mereka menyewa hotel tatkala cuaca terlalu teruk atau mereka sudah kepenatan.

Satu perkara yang saya secara peribadi belajar setelah menonton dokumentari ini adalah keihsanan dan sikap memberi itu kadangkala lebih wujud dalam hati mereka yang tidak punya apa-apa dan dibebani kemiskinan berbanding dengan si kaya yang penuh keangkuhan. Serba cukup tetapi berat dan mengira tatkala memberi.

Di Albania, misalnya, dua sahabat ini tidak duga akan bertemu dengan seorang lelaki yang mempelawa mereka menetap di rumahnya dan mengenalkan mereka pada saudara-maranya yang ramai. Orang ini bukan berada tetapi kaya dengan budi bahasa dan etika menghormati tetamu.

Betapa gembiranya kanak-kanak di Guatemala apabila Konopka dan Jabs kembali untuk merealisasikan impian membina sekolah serba indah buat mereka. Mereka melayan kededua-duanya bagaikan tetamu istimewa (VIP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >