Kedai Makan Melaka di Changi Village yang menjual beraneka hidangan termasuk pisang goreng mula popular seawal 2010.
Pisang gorengnya dimasak dengan gaya unik yang mengutamakan kerak ibarat ‘pot sticker’ (kerak yang melekat).
Ia menarik perhatian ramai dan juga lazat dinikmati. Ini membolehkan pelanggan makan pisang goreng bersama keraknya tanpa bertabur.
Sebagai mengikut gaya orang Melaka yang makan pisang goreng bersama sambal kicap, pemilik bersama Cik Roslinah Jamil juga mula menjual gorengannya itu yang dilengkapi dengan sos sambal kicap pekat dan pedas.
“Kami berikan tumpuan kepada kerangupan dan kegaringan kerak.
“Lebih tepung untuk keraknya pun tidak mengapa, asalkan kami hidangkan pisang goreng panas dan segar untuk pelanggan nikmati,” ujar Cik Roslinah kepada Berita Harian (BH) baru-baru ini.
Kedai itu menyediakan lebih 100 kilogram pisang kepok kerana permintaan yang bertali arus di kawasan tersebut.
Cik Roslinah membuka kedai Makan Melaka pertamanya pada 2005 di Jurong West. Beliau juga telah menebarkan sayap perniagaan dengan cawangan Makan Melaka di Arab Street pada Januari 2023.
Selain pisang goreng, kedai ini juga terkenal dengan hidangan pencuci mulut iaitu cendol.
Alamat: 1 Changi Village Rd, #01-2046, Singapura 500001
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 9 malam (hari biasa, 8.30 pagi hingga 9.30 malam (hujung minggu dan hari cuti) atau hingga jualan habis.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg