Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gerai hasil karipap buatan tangan

Sep 30, 2023 | 05:30 AM



Semasa menggigit karipap yang dijual di Isha Curry Puff, ia meninggalkan lapisan kulit karipap yang rangup, berkelupas dan berlemak dengan potongan kentang serta daging kambing yang mampat isinya.







Rasa yang lazat dapat dirasai dalam setiap suapan kerana Isha Curry Puff, yang terletak di Blok 79 Pusat Penjaja Circuit Road, merupakan antara tempat yang jarang dijumpai – menghasilkan karipap menggunakan tangan.

“Walaupun ia proses yang memenatkan, saya tidak mahu karipap saya dibuat daripada mesin kerana tekstur dan rasa akan berbeza,” kata pemilik, Encik Ismail Salim, 62 tahun, yang sebelum ini pernah bekerja di Indian Muslim Bakery & Confectionery selama 10 tahun.

Setiap hari, Encik Ismail akan menghabiskan tiga hingga empat jam membuat doh karipap.

Ini termasuk menyediakan adunan, melipat doh beberapa kali dengan pastri lapis (puff pastry), membiarkan doh berehat dan memotongnya menjadi kepingan kecil persegi sebelum mengulinya satu persatu.


Pada hari yang menyaksikan permintaan tinggi, Encik Ismail akan mengambil masa enam jam untuk membuat doh tersebut.

“Saya memulakan hari seawal 4.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.30 pagi. Ketika itulah saya akan memotong kentang dan memasak pelbagai inti untuk karipap yang dijual,” katanya.

Pelbagai perisa karipap boleh didapati di Isha Curry Puff. Antaranya ialah kentang, ayam, daging kambing, cili padi daging, sate daging dan sardin.

“Saya akan sampai ke gerai pada kira-kira 7 pagi dan dengan kulit karipap yang disediakan sehari sebelumnya, saya akan menyiapkan baki penyediaan dengan mengisi karipap dan membakarnya,” kata Cik Hamidah Ahmad, 61 tahun, isteri Encik Ismail.

Semasa ditemui Berita Harian di gerai mereka, pasangan itu berkongsi inspirasi di sebalik nama kedai mereka.


“Nama pak cik, Ismail dan nama mak cik, Hamidah. Kami memutuskan untuk gabungkan nama kami dan kami dapatkan nama Isha,” kongsi Cik Hamidah, sambil tergelak kecil semasa berkongsi cerita itu.







Pasangan itu menyediakan hampir 300 karipap sehari dan paling banyak, 350 keping karipap!

“Disebabkan ruang kedai yang kecil, kami tidak dapat menyediakan karipap sebanyak yang kami mahu. Jika kami mempunyai ruang yang lebih besar, sudah pasti kami dapat menyediakan lebih banyak untuk memenuhi permintaan pelanggan kami,” tambah Encik Ismail.

Kedai kecil mereka padat dengan dua ketuhar besar, meja untuk Encik Ismail menguli dan melipat pastri yang akan diisi dengan inti dan ruang depan untuk karipap mereka.

Setiap karipap akan dibakar selama 20 minit. Setelah 15 minit dibakar, Cik Hamidah akan mengeluarkan dulang pembakar dan masukkannya kembali untuk memastikan ia dimasak rata.

Sos cili untuk dimakan dengan karipap juga dihasilkan di kedai mereka.

Menurut Encik Ismail: “Karipap kami yang paling digemari ialah karipap cili padi daging dan karipap sate daging.

“Menghasilkan inti sate daging mengambil banyak masa dan ia agak leceh. Daging itu harus diperap lama sebelum ia dimasak. Disebabkan permintaan ramai, kami terpaksalah membuat karipap ini.”

Walaupun Encik Ismail dan Cik Hamidah semakin berusia, mereka berbangga dapat menghasilkan sendiri karipap buatan tangan seiring harga yang berpatutan.

Mutu karipap yang bermutu dan sikap ikhlas meniaga adalah salah satu daripada banyak sebab pelanggan sentiasa kembali membeli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >