Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sambal buatan sendiri jadi daya tarikan

Sep 29, 2023 | 06:24 PM



Selain perisa inti dan kerangupan kulitnya, ramai pelanggan juga mencari sambal terbaik untuk dipadankan dengan karipap.







Antara daya tarikan dan ciri unik kudapan karipap di D’Snack Station di Joo Chiat Road, adalah sambalnya.

Proses menghasilkan sambal itu sahaja mengambil masa sekitar empat jam.







“Sambal karipap boleh dikatakantrademark’ kami. Saya dapat belajar membuat sambal karipap daripada seorang tukang masak di Bedok dan kami akan masak sambal itu sehingga empat jam dengan api yang perlahan.


“Sambal kami menggunakan beberapa bahan seperti gula hitam dan lain-lain lagi,” ujar pemilik D’Snack Station, Encik Che Yusof Ani Che Mustafa, 61 tahun, semasa ditemui Berita Harian baru-baru ini.


Menurutnya, sambal karipap hanya dimulakan pada 1980-an.

Beliau masih ingat lagi, jika terdapat perlawanan bola sepak, Lion Roar, penjual jalanan akan memesan karipap untuk dijual di luar padang bola dan mereka akan padankan karipap bai dengan sambalnya.







Sambal karipap D’Snack Station tidak terlalu cair dan walaupun manis rasanya, kepedasan sambal itu tetap terasa.

“Sambal karipap D’Snack adalah keunikan kami. Kadang-kadang pelanggan boleh gaduh sebab mahukan lebih sambal, dan demi pelanggan, kami berikan juga,” seloroh Encik Yusof yang mempunyai dua cawangan karipap D’Snack Station – satu di 835 Tampines Street 83 dan satu lagi di 90 Joo Chiat Road.

Mempelajari cara membakar karipap tradisional bai sejak berusia 13 tahun, Encik Yusof berkongsi mengenai perbezaan membuat karipap dulu dan sekarang.

Menurutnya, karipap dulu menggunakan ‘chorbir’, iaitu lemak kambing yang diketuk, diuli dan dipotong keluar urat-uratnya hingga menjadi pes yang kemudian digunakan sebagai kulit karipap.







“Inilah yang membuatkan karipap garing walaupun selepas dua hari. Namun karipap hari ini, kulitnya masih garing tetapi lebih flaky (berkelupas) kerana kami gunakan pastri dan ia sesuai dengan kesukaan generasi sekarang,” jelasnya.


Menurut Encik Yusof, penggunaan ‘chorbir’ dihentikan pada awal 1980-an atas sebab kesihatan.

“Saya berasa bertuah kerana dapat belajar membuat karipap dengan salah seorang tukang masak karipap handalan pada usia yang sangat muda dan dapat mempelajari cara membuat rempah dan kulit karipap seperti di Onan Road dulu-dulu,” ujar Encik Yusof.

Beliau memperolehi kemahiran membuat karipap apabila bekerja di bakeri datuknya, di Indian Bakery, yang kemudian lebih dikenali sebagai Indian Muslim Bakery & Confectionery di Onan Road, yang telah menutup perniagaannya pada 10 September 2023.

“Dulu semua belajar buat dengan tangan. Roti pun buat dengan tangan. Mesin hanya diperkenalkan pada 1970-an,” tambah Encik Yusof yang berpengalaman menjual karipap dan roti bai di seberang Tambak, di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, sebelum membuka kedai D’Snack Station di Tampines pada 2000.

“Sepanjang saya terlibat dalam perniagaan karipap, kudapan ini masih lagi popular sejak ia diperkenal pada 1942.

“Ia telah melalui pelbagai perubahan, dari segi memasak dan juga bahan-bahannya. Saya harap ia akan terus menjadi snek pilihan orang ramai di sini,” tambah Encik Yusof.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >