Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Melatih anak selaku pelapis niaga karipap

Sep 29, 2023 | 06:41 PM



Kotak ikonik putih dan ungu diisi karipap bai.







Dengan serta-merta, ramai yang cam dan tahu bahawa kotak itu dibeli dari Sha Zah Confectionery, terletak di 105 Joo Chiat Road.

Pemilik bersama Sha Zah Confectionery, Encik Shariff K Abdul Majid, 62 tahun, dan Cik Azishah Hussain, 61 tahun, telah berniaga sejak 1998 di Joo Chiat Road dan ini merupakan lokasi keempat syarikat itu.

Menurut Encik Shariff, kedai karipapnya telah berpindah dari Owen Road, ke Joo Chiat Lane, sebelum ke Frankel Avenue dan akhirnya beroperasi di Joo Chiat Road.

Selain kotak ikoniknya, Sha Zah Confectionery juga terkenal dengan karipap yang penuh berisi dan tidak lokek rempah. Antara perisa popularnya adalah rendang yang ditambah cili padi.







“Sebenarnya, pada awalnya kami jual perisa rendang khas semasa bulan Ramadan sahaja. Namun, ramai yang meminati perisa itu dan meminta untuk dijual sepanjang tahun.







“Jadi kami pun menurut permintaan pelanggan. Ada yang akan beratur sehingga sejam atau lebih menunggu karipap rendang kami siap.

“Oleh sebab ia popular, perisanya laris dijual dan kami harus cepat-cepat bakar lagi,” cerita Cik Azishah kepada Berita Harian ketika ditemui baru-baru ini.


Karipap rendang berharga $2.50 setiap keping, kenaikan harga secara berperingkat daripada $1.50 sejak perisa itu mula dijual pada 2008.

Perniagaan yang dimulakan oleh pasangan suami isteri itu kini telah menjadi perniagaan keluarga, di mana anak-anaknya juga turut membantu menyumbang tenaga.

Ibu lima anak itu berkongsi bahawa setelah sekian lama menjalankan perniagaan itu, beliau bersyukur anak bongsunya, Encik Shahrin Shariff, 24 tahun, berminat untuk mengambil alih dan meneruskan perniagaan keluarga ini.

“Saya amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah menyokong kami sejak dulu lagi. Ramai pelanggan yang sanggup menunggu untuk karipap kami, kadang kala kalau terlalu sibuk, mereka akan tunggu hingga dua jam.

“Walaupun mereka rela, kami sebagai penjual pun rasa tak sedap hati dan akan secepat mungkin memenuhi permintaan mereka.







“Itulah antara prinsip perniagaan kami, terutama suami saya. Beliau tidak ingin pelanggan tunggu terlalu lama. Sebab itu, kami semua turun padang dan kerja.

“Bukan sahaja pekerja kami, malah pemilik pun turut berganding bahu untuk membantu mempercepatkan operasi agar pelanggan tidak menunggu lama dan mereka gembira,” kongsi Cik Azishah, 61 tahun, nenek kepada 14 cucu.

“Sudah tentu, tanpa pelanggan kami, kami tidak akan berada di mana kami berada sekarang dan saya amat menghargai semua sokongan anda,” tambah Cik Azishah, yang berada di sisi Encik Shariff daripada permulaan perniagaan hinggalah sekarang, melalui segala pasang dan surut kehidupan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >