Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Guna mesin giling cili harga $11,000

Nov 25, 2023 | 05:30 AM



Sejak kecil lagi, Encik Sulaiman Abu telah berpeluang belajar masak nasi lemak daripada ibunya, yang resipinya diturunkan daripada emaknya.

Hidangan nasi lemak kemudian menjadi salah satu resipi yang digemari dan ini membolehkan Encik Sulaiman membuka gerai nasi lemaknya sendiri, D’Authentic Nasi Lemak, yang terletak di Pasar dan Pusat Penjaja Marine Parade, 84 Marine Parade Central.

Mengendalikan gerai itu sejak 1996, Encik Sulaiman mendedikasikan masa untuk memastikan mutu bahan makanannya yang tinggi dalam masakannya.

Bahan-bahan sentiasa diambil daripada sumber segar dan beliau bertekad untuk terus memelihara rasa nasi lemak yang asli untuk generasi seterusnya.

“Saya tidak mahu generasi masa depan hanya tahu nama hidangan ‘nasi lemak’ tanpa mengenali rasa asli hidangan tersebut,” ujar penerima Anugerah Warisan Penjaja itu berusia 61 tahun.

“Saya memastikan bahan-bahan nasi lemak saya bermutu tinggi. Misalnya, kami menggunakan jenis beras yang bermutu baik, agar nasi itu tidak lembap, walaupun sudah tidak panas.







“Selain itu, kami gunakan santan segar. Walaupun lebih mahal daripada santan biasa, kami ingin berikan yang terbaik untuk hidangan tersebut,” tambah bapa empat anak itu.

Antara keunikan gerai ini adalah konsep Encik Sulaiman menjual nasi lemaknya secara ala carte, di mana pelanggan boleh memilih lauk secara berasingan mengikut kesukaan pelanggan pada harga yang telah ditetapkan.







“Di sini kami tidak menjual set. Jadi terpulang kepada pelanggan mengikut cita rasa masing-masing. Setiap hari kami ada dalam 10 lauk tetap untuk pelanggan pilih, daripada ayam goreng, telur, beraneka sayuran dan lain-lain lagi,”

“Bagi lauk tambahan pula ikut stok dan bahan, kami tawarkan sambal sotong, paru dan sebagainya,” jelas Encik Sulaiman.


Mengulas mengenai masakannya, Encik Selamat menekankan bahawa meskipun resipi nasi lemaknya turun-temurun beberapa generasi, baginya resipi itu bukan rahsia yang terpenting.

Antara teknik yang masih diamalkan adalah menggiling cili kering untuk buat sambal nasi lemaknya. Menurutnya beliau menggunakan mesin giling yang berharga sekitar $11,000.







“Dengan menggunakan mesin ini, kami boleh menggiling satu guni cili kering, 9 kilogram, dalam dua jam.


“Semua masakan perlukan teknik. Selain resipi, teknik masakan adalah utama,” jelas Encik Selamat yang telah didedahkan kepada dunia perniagaan sejak kecil, membantu ibu bapanya berniaga.

D’Authentic Nasi Lemak merupakan perniagaan keluarga yang dikendalikan bersama isteri dan anak-anaknya.

Selepas solat subuh, Encik Selamat sudah berada di gerainya untuk persiapan jualan harian dan mula menjual seawal 7 pagi dan gerainya akan tutup pada 3 petang.

Menurutnya, D’Authentic Nasi Lemak akan diambil alih oleh anak menantunya pada masa depan.

Dalam pada itu, anak ketiga Encik Sulaiman telah membuka gerai mi rebus di pusat penjaja yang sama, sederet dengan gerai bapanya. – NUR SYUHRAH HASSAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >