Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AC Mizal: 4U2C ikut saluran betul bagi persembah konsert

Jun 26, 2025 | 11:46 PM
4U2C, Man Senoi, Mama Rap
Datuk AC Mizal (tiga dari kiri) selaku ketua kumpulan 4U2C tidak mahu memberi sebarang komen mengenai dakwaan mereka melanggar hak cipta kerana sudah lama tidak ada sebarang kaitan dengan komposer, Man Senoi, dan isterinya, Mama Rap. - Foto BHM

Kumpulan hip hop 1990-an, 4U2C, melantik pihak bertanggungjawab dan mengikut saluran betul agar tidak timbul sebarang isu hak cipta lagu yang akan dipersembahkan pada acara WE 4U2C Live in Concert pada 15 September depan.

Perkara itu dikongsikan ketua kumpulannya, Datuk AC Mizal, selepas diminta mengulas mengenai kenyataan komposer dan pemegang hak cipta penuh lagu-lagu 4U2C, Man Senoi serta isteri, Mama Rap.

Dalam kenyataan itu, Man Senoi dan Mama Rap berkata mereka tidak dihubungi mana-mana pihak berkaitan penganjuran konsert itu.

“Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu kerana saya sendiri sudah lama tidak ada sebarang kaitan dengan mereka.

“Fokus saya sekarang hanyalah pada konsert ini sahaja. Segala urusan lain akan dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak mendedahkan siapakah pihak yang akan menguruskan perkara itu, AC berkata 4U2C juga akan mempersembahkan tiga lagu baru yang mana, menurutnya tidak akan menjadi masalah.

“Kita juga ada banyak lagu yang akan dipersembahkan, termasuk tiga lagu baru dan sebagainya.

“Jadi, bagi saya tiada sebarang masalah kerana semuanya diuruskan dengan baik oleh pihak berkenaan,” katanya.

4U2C yang dianggotai AC bersama Aren, Yanz, Rinz, Lanz dan Charlie, kini sedang giat menjalani sesi latihan untuk memperkemas persembahan mereka.

“Kami juga sudah memulakan sesi latihan. Latihan yang dijalankan agak intensif, membabitkan latihan tarian, nyanyian, dan banyak tertumpu kepada aspek persembahan secara keseluruhan,” katanya.

WE 4U2C Live in Concert yang mengangkat tema 1990-an akan mempertaruhkan lebih 20 lagu popular 4U2C dan akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Terdahulu, Man Senoi dan Mama Rap berkata kepada Harian Metro mengenai hak cipta sepenuhnya terhadap lagu-lagu 4U2C adalah milik mereka, namun tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert itu.

Dalam laporan Harian Metro pada 26 Jun, Man Senoi dan Mama Rap turut berkongsi mengenai permulaan 4U2C yang dikumpulkan oleh mereka berdua dan proses perjuangan untuk memastikan kumpulan itu dapat mencipta nama dalam industri seni tanah air.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg