Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Elisya Sandha kemurungan selepas lahir anak kedua

Jul 7, 2025 | 3:33 PM
Elisya Sandha, Uzair Haqimy Azman, Bahtera Elhaq, Bunga Elhaq, kemurungan
Pelakon Elisya Sandha akui mengalami kemurungan selepas kelahiran anak kedua, Bahtera Elhaq (dua dari kiri), akibat jangkitan pada luka pembedahan. Hasil perkongsian hidup dengan Uzair Haqimy Azman, mereka dikurniakan anak perempuan sulung, Bunga Elhaq (dua dari kanan) pada 2022. - Foto INSTAGRAM ELISYA SANDHA

Pelakon jelita, Elisya Sandha, 26 tahun, berkongsi detik mengalami kemurungan selama dua minggu selepas melahirkan anak kedua, Bahtera Elhaq, Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama anak sulung pelakon Sheila Rusly, Uzair Haqimy Azman, mereka turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq, pada 2022.

Kedua pasangan merpati dua sejoli itu telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.

Menurut Elisya atau nama sebenar, Nur Elisya Sandha Hassan, kemurungan itu berpunca daripada jangkitan pada luka pembedahan, lantas menjadikan fasa berpantang cukup mencabar.

“Pengalaman berpantang kali ini sukar dijelaskan. Saya rasa sangat sedih dan ‘down’. Jangkitan pada luka (pembedahan) itu menyebabkan keadaan saya menjadi tidak tentu arah. Sakit kepala, bergerak ke kiri, salah dan ke kanan, salah. Semuanya serba tidak kena hingga saya alami kemurungan.

“Ibu mentualah yang menjaga pemakanan sepanjang saya berpantang. Dia pastikan saya makan dan pantang dengan betul. Kalau saya tak lalu makan, dia akan risau,” kata Elisha dalam laman web Berita Harian Malaysia (BHM).

Bagaimanapun, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu, akur memilih tidak berkongsi masalah kesihatan dengan ibu kandung atau mentua kerana tidak mahu mereka risau.

“Saya hanya beritahu suami kerana beliau bersama saya setiap hari dan tahu keadaan sebenar saya,” katanya lagi.

Di samping itu, berkongsi lanjut tentang lakonannya dalam filem seram, Citra Apartment, terbitan Metrowealth Pictures, Elisya teruja kerana ia merupakan filem sulungnya.

Walaupun dirinya penakut, Elisya mengebalkan hati untuk menerima tawaran penerbit demi mencabar kemahiran diri dalam bidang lakonan.

Filem ini mengangkat kisah sekumpulan pelajar kolej yang memulakan sesi fotografi di apartmen yang telah lama ditinggalkan. 

Namun, apa yang bermula sebagai projek biasa bertukar menjadi mimpi ngeri dalam sekelip mata.

Apabila peristiwa tragis mula berlaku, mereka menyedari terperangkap dalam satu gelung masa yang menyeramkan dan terpaksa mengulangi detik kematian berulang kali.

Selain Elisya, filem arahan Amor Rizan itu dibintangi Liang Chia, Razdan Shamsudin, Hanna Halim, John Tan dan Rashid Jaafar.

Citra Apartment memulakan tayangan di pawagam di Malaysia pada 3 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg