Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Erra Fazira buat kejutan istimewa hari lahir suami di Makkah

Jan 5, 2026 | 3:15 PM
Erra Fazira, Erwan Zain
Penyanyi dan pelakon Malaysia, Erra Fazira, menghadiahkan kek bagi suaminya di Tanah Suci, Makkah. - Foto INSTAGRAM ERRA FAZIRA

Pelakon dan penyanyi Malaysia, Erra Fazira, mencuri perhatian ramai apabila meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Ezwan Zain, ketika berada di Tanah Suci, Makkah.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51 tahun, menghadiahkan kejutan manis dengan membawa kek bertulis “Sanah Helwah Ezwan Zain” sambil menyanyikan lagu selamat hari lahir buat suami tersayang.

Rakaman itu turut memaparkan aksi manja pelakon filem Sembilu tersebut menyuapkan kek ke mulut Ezwan.

“Selamat ulang tahun suamiku. Kami berjaya dapatkan kek tanpa lilin.

“Panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan menjadi suami yang baik,” katanya dalam video kurang 30 saat itu.

Menerusi kapsyen yang mengiringi hantaran itu, Erra meluahkan rasa syukur kerana hari penuh makna itu dapat diraikan di tempat paling mulia bagi umat Islam, lapor Berita Harian Malaysia.

“Alhamdulillah dapat meraikan hari kelahiranmu di Tanah Suci.

“Kedamaian di setiap penjuru menjadikan momen ini lebih sempurna. Semoga awak sentiasa menjadi yang terindah hingga ke nafas terakhir. Selamat ulang tahun suamiku,” ungkapnya.

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ezwan, 45 tahun, yang juga seorang usahawan menyifatkan kejutan berkenaan sebagai hadiah ulang tahun paling bermakna dalam hidupnya.

“Terima kasih isteri tersayang kerana memberikan hadiah paling bermakna. Menyambut ulang tahun di Tanah Suci dan berpeluang mengerjakan umrah bersama.

“Syukur dan terima kasih semua atas ucapan dan doa daripada semua. Semoga kita sentiasa dilimpahi kebahagiaan dunia dan akhirat,” luahnya.

Erra dan Ezwan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah premis acara di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, pada 12 Disember 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg