Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Noraniza Idris ambil tindakan produk muruku ditiru

Jun 30, 2025 | 3:07 PM
Noraniza Idris, muruku, Cik Ani Premium
Penyanyi Malaysia, Noraniza Idris, mengambil tindakan mengubah pembungkusan makanan ringan muruku yang dijualnya setelah mendapati ada pihak meniru produk keluaran jenamanya, Cik Ani Premium. - Foto INSTRAGRAM NORANIZA IDRIS

Rasa sedih menyelubungi jiwa penyanyi Malaysia, Noraniza Idris, apabila mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab meniru produk muruku keluaran jenamanya iaitu, Cik Ani Premium.

Menerusi laman TikTok miliknya, Noraniza, atau nama sebenar Nor Aniza Haji Idris, 57 tahun, berkata akibat tindakan itu, beliau memutuskan untuk menukar bentuk dan pembungkusan makanan ringan berkenaan.

“Disebabkan isu ini, produk kita ditiru, jadi kita membuat keputusan untuk menukar bentuk dan pembungkusan.

“Ia bukan murah, mahal. Jadi kami masih menggunakan pembungkusan lama kerana masih ada 10,000 bungkus yang perlu dihabiskan,” kata Noraniza, dalam laporan Sinar Harian.

Sebelum ini, tular satu hantaran video yang memaparkan seorang individu bersikap defensif apabila ditanya tentang produk yang dijualnya dipercayai menyerupai produk muruku milik Noraniza.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Dikir Puteri, itu memberi jaminan mutu produk makanan ringan muruku yang dijualnya tetap sama dan tidak berubah, meskipun menggunakan pembungkusan baru.

“Walaupun bentuk di dalam berubah, sama ada panjang ataupun jejari, anda semua jangan risau kerana berat dan rasa premium masih sama.

“Malah, saya akan pastikan rasanya lebih sedap,” kata Noraniza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg