Isu kesihatan dan kesejahteraan mental dalam kalangan belia diangkat ke pentas teater menerusi satu pementasan kontemporari baharu berjudul, 148D: Sekilas Aras.

Ia dibawakan oleh Awallah Dondang, kumpulan teater Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (Perbayu) dari Universiti Teknologi Nanyang-Institut Pendidikan Nasional (NTU-NIE), yang dianggotai mahasiswa dan mahasiswi Perbayu.