Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Riena Diana, Keith Foo persiap diri sebelum dirikan rumah tangga

Jul 7, 2025 | 3:42 PM
Riena Diana, Keith Foo, salju rindu di bumi Auckland
Pelakon Riena Diana dan Keith Foo mula menjalin hubungan cinta sekitar Jun 2024, selepas terbabit dalam penggambaran drama, Salju Rindu di Bumi Auckland, yang ditayangkan di wadah penstriman digital, Tonton. - Foto INSTAGRAM RIENA DIANA

Dalam hubungan yang semakin serius, pelakon Malaysia, Riena Diana, 27 tahun, sudah memilih nama Islam untuk kekasihnya yang juga pelakon, Keith Foo, 42 tahun, sebagai persediaan beliau memeluk agama Islam nanti.

Riena atau nama sebenar, Nur Qamarina Diana Zulreal berkata beliau enggan terlalu memaksa, namun, turut gembira melihat perubahan Keith sepanjang mendalami agama Islam.

“Buat masa sekarang, Keith sangat okey. Saya tak berani nak komen banyak tapi sudah tentu saya beri contoh yang baik.

“Saya bolehlah ajar sikit-sikit, selebihnya saya serahkan kepada Keith.

“Keith juga bagi saya peluang untuk pilih nama Islamnya, cuma kami belum sedia untuk kongsikan lagi,” kata Riena dalam laman web Harian Metro.

Sebelum ini, Riena dan Keith mula menjalin hubungan cinta sekitar Jun 2024, selepas terbabit dalam penggambaran drama, Salju Rindu di Bumi Auckland, yang ditayangkan di wadah penstriman digital, Tonton.

Berkongsi lanjut, Riena berkata Keith atau nama sebenar, Foo Chuan Chin, kini sedang mendalami Islam sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke fasa perkahwinan.

“Keith masih dalam proses belajar, sekarang pun baru belajar doa makan dan masih belum mahir. Kami juga nak elakkan orang mengata Keith menukar agama sebab nak kahwin. 

“Kalau boleh, kami tak mahu buat keputusan terburu-buru seperti hari ini masuk Islam, esok terus nikah.

“Keith sendiri beritahu beliau ingin memeluk Islam terlebih dulu dan benar-benar memahami ajaran agama ini, barulah kami akan berkahwin,” katanya lagi.

Sementara itu, Keith memberitahu dirinya masih dalam proses mendalami Islam dan banyak mendapat bimbingan daripada pelakon drama Kampung People itu.

Beliau juga berkongsi bahawa sudah banyak membaca berkaitan agama Islam sebelum bersama Riena lagi.

“Riena banyak membantu saya dari doa makan hinggalah perkara asas lain dalam agama Islam yang kini sedang saya dipelajari. Saya tak mahu terlalu berkongsi secara terbuka buat masa ini. 

“Cuma saya berharap orang ramai dapat doakan yang terbaik buat kami dan sama-sama nantikan apa yang akan berlaku pada tahun depan,” jelas Keith.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg