Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Identiti’ percubaan ketengah watak antagonis menang besar

Jun 12, 2023 | 06:27 PM



Siri drama Identiti dihasilkan di dalam warga kerja Papahan Films dibelenggu tekanan pandemik.


Penulis naskhah skrip drama tentang pencuri identiti ini, M Raihan Halim, 41 tahun, yang sekali gus adalah pengarahnya berasakan beliau perlu hasilkan produk bermutu buat pelakon bukan calang-calang yang bekerja dengannya.

Mereka terdiri daripada Norman Ishak, Lim Yu-Beng dan Rahimah Yusof yang setiap seorang dicalonkan dalam Pesta Perdana pada 17 Jun ini.

Idea bagi Identiti yang mengetengahkan watak antagonis sebagai teraju utama pula adalah ilham gabungan enam wanita yang Raihan kenali. Salah seorangnya merupakan anggota keluarganya sendiri.


Lantaran itu, dengan Identiti memenangi anugerah terbanyak pada malam pengiktirafan karyawan kreatif pada 9 Jun lalu, Raihan rasa bersyukur satu usaha bereksperimen dengan jalan cerita sebegini yang memecah tembok keselesaan diiktiraf.


Selain dirinya dan Zaini yang menjulang Anugerah Arahan Terbaik (Drama) kerana penceritaan drama yang boleh dicontohi, Identiti turut memenangi Anugerah Kandungan Ringkas Digital Terbaik pada Jumaat.


Anugerah itu diperkenalkan tahun ini bagi mengiktiraf permintaan yang bertambah bagi kandungan lebih ringkas dalam kalangan naratif digital.

“Cabaran bagi saya adalah hasilkan cerita terbaik dalam tempoh pandemik. Saya pula bekerja dengan pelakon bukan calang-calang. Hari ini saya amat gembira kerana peluang mengetengahkan seorang lagi bakat sutradara Singapura yang mudah dapat kita usahakan.

“Zaini sudah lama menyunting dan memenangi anugerah suntingan Pesta Perdana.

“Langkah selanjutnya adalah mengarah. Cuma sebelum ini, beliau belum ada peluang. Maka ini masanya untuk Zaini mengetengahkan penceritaan. Selalu dia dapat keratan filem untuk disunting. Kali ini, dia yang perlu fikirkan keratan filem mana yang ingin dirakam.

“Inilah masa kita ketengahkan suara baru dalam bidang arahan,” ujar Raihan.

Beliau kini sibuk membereskan filem, La Luna lakonan Shaheizy Sam dan Sharifah Amani. Drama Chiron tentang hospital ‘underground’ juga sedang diusahakan bagi penggambaran pada Ogos.


“Saya banyak dapat idea daripada menonton filem Hollywood. Saya bukan jenis yang dapat mengetengahkan filem kesenian. Saya tak boleh bikin drama ala Grey’s Anatomy tetapi mungkin condong ke arah unsur siasatan dunia perubatan seperti konsep CSI.


“Ia tidak semudah itu. Dalam Identiti sendiri, saya cuba paparkan mengapa watak antagonis ini menjadi jahat. Pasti ada sebab-sebabnya,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >