KUALA LUMPUR: Hantaran isteri pelakon, Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan di Instagram pada malam 19 Jun, menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan pengikut mengenai status rumah tangga mereka.
Dalam hantaran itu, Siti Khalizah memuat naik foto mereka berpegangan tangan dengan keterangan ringkas, lapor BH Online.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya yang turut menanda nama akaun Instagram Fikry.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi dan dilihat lebih 166,000 pengguna Instagram selain selain menerima pelbagai reaksi dalam ruangan komen.
“Kalau boleh berbincang, berbincanglah baik-baik, tak payah sampai bercerai. Masih di dalam (fasa) baru berumah tangga.
“Ramai wanita di luar sana ingin memiliki suami macam Fikry. Akak beruntung dapat suami macam Fikry,” tulis seorang netizen.
“Sebut pasal rumah tangga walaupun berpuluh tahun kahwin takkan pernah ada persefahaman.
“Yang penting, saling berbincang. Inilah namanya rumah tangga. Takkan ada yang sempurna. Jangan ambil jalan tengah untuk berpisah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulis seorang netizen lain.
Semalam, media menyerbu Fikry selepas beliau, yang juga pengacara, selesai bersiaran langsung dalam program Melodi untuk mendapatkan kepastian mengenai kontroversi rumah tangganya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg