Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Panduan tingkat peluang jana pendapatan dari aplikasi mudah alih

Nov 16, 2023 | 05:30 AM



Persaingan membangunkan aplikasi mudah alih semakin sengit dengan syarikat pembangun perlu memperbaharui strategi menarik pengguna dan memujuk mereka membayar untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Berikut antara panduan yang disediakan syarikat data analitik, Data.Ai, dengan kerjasama Google untuk syarikat mengembangkan strategi menjana pendapatan daripada aplikasi mudah alih.

1. Sepadukan Usaha Tarik Pengguna dan Jana Pendapatan
Rancangan dan pelaksanaan usaha menarik pelanggan dan menjana pendapatan harus berjalan serentak. Syarikat perlu membuat keputusan betul seiring dengan usaha pemasaran. Kejayaan strategi raih pendapatan bergantung kepada jenis pengguna yang disasarkan menerusi usaha pemerolehan.


2. Trend Raih Pendapatan Meningkat
Usaha menjana pendapatan sedang meningkat di serata dunia namun langkah memperluas khidmat kepada pelanggan baru membawa risiko dan mendedahkan usaha pemerolehan pelanggan di kawasan baru tanpa ada sokongan data boleh menyebabkan perbelanjaan tinggi.


3. Imbas Kejayaan Sebelum Ini
Data sungguh bernilai, dengan memiliki sumber yang boleh menyatukan dan memilih data pengguna akan memberi peluang kepada syarikat membuat persiapan masa depan dan memberi harapan bagi penjanaan pendapatan akan datang.


4. Pantau Kalendar Cuti
Pantau acara tahunan dan tempoh cuti untuk kirimkan perkembangan aplikasi terkini, mengirimkan mesej tentang khidmat aplikasi tepat pada masanya. Kemas kini strategi pemerolehan dengan cara kreatif dan berkesan.


5. Nilai Lagi Strategi Anda
Demi mengekalkan pengguna dan menggalak pembelian, syarikat memerlukan alat untuk menilai khidmat yang ditawarkan, paras harga dan struktur jana pendapatan keseluruhan pesaing untuk memastikan ia kekal berdaya saing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >