Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Korea, Park Seo-joon, lebih selesa berahsia selepas diekori

Aug 14, 2023 | 05:30 AM



Pelakon Park Seo-joon kerap ditanya tentang kekasih hatinya yang dipercayai merupakan pempengaruh YouTube, Kim Soo-yeon, tetapi beliau enggan mengulas.

Baru-baru ini, Park, 34 tahun, mendedahkan kepada media Korea bahawa beliau tidak selesa menjawab soalan peribadi selepas satu pengalaman mengerikan.

Katanya, ketika mempromosikan filem terbarunya Concrete Utopia:


“Biasanya, saya tidak terlalu berdiam apabila ditanya tentang kehidupan peribadi saya, tetapi ada sebab mengapa saya kini lebih bersikap mendiamkan diri sahaja. Sebabnya, pada suatu hari, saya sedang memandu keluar dari rumah saya tetapi mendapati kereta yang sama mengekori saya ke mana sahaja saya pergi. Kereta ini selalu memerhatikan saya berhampiran kediaman saya.

“Kadangkala, kereta ini sudah sampai di destinasi yang saya tuju. Ia menjejak saya hampir dua bulan lamanya. Pengalaman ini menakutkan saya. Saya jadi lebih berhati-hati dalam tutur kata saya. Keluarga saya juga bimbangkan keselamatan saya dan diri mereka. Mereka takut perihal pemandu kereta yang mengekori saya ini akan menjejas kerjaya saya,” tambah Park.

Menurutnya, beliau menyesal bersikap terbuka pada masa lalu dengan berkongsi foto keluarganya.

“Apabila saya fikir bagaimana sesiapa sahaja di sekeliling saya boleh terjejas dengan tindak-tanduk dan keputusan saya, saya tidak tahu di mana garis sempadannya,” tambahnya.

Walaupun beliau tidak menyatakan bila kejadian menjejak itu berlaku atau apakah tindakan diambil ke atas pemandu yang mengekori, Park berkata orang yang sama masih tetap muncul lagi tetapi dengan memandu kereta lain..

Concrete Utopia akan ditayangkan di Singapura pada 24 Ogos. Kisah ini berlatarbelakangkan Seoul dan menceritakan tentang penduduk yang terselamat daripada bencana gempa bumi untuk bina hidup baru.


Park membawa watak Min-sung, suami Myung-hwa (lakonan Park Bo-young) yang terdesak melindungi keluarganya.

Beliau juga akan kembali berlakon dalam siri Netflix, Gyeongseoung Creature, akhir tahun ini. Filem 2023 yang dilakonkan Park, Dream, sudah ditayangkan di Netflix.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >