Dari 10 Oktober hingga 9 November, restoran Peppermint di Parkroyal Collection Marina Bay menjemput para pelanggan untuk menikmati kulinari Taiwan melalui bufet, Tastes of Taiwan, atau Cita Rasa Taiwan.
Sajian istimewa itu disediakan oleh ketua jurumasak, Leon Yee, bersama pasukannya, yang menampilkan kepelbagaian rasa dari Taiwan, daripada makanan jalanan yang ikonik hingga ke hidangan tradisional.
Antara tarikan utama ialah, Whole Abalone, yang dihidangkan sejuk pada bufet makan malam pada hari bekerja, atau dipadankan dengan sos madu bagi pilihan hujung minggu.
Penggemar udang karang atau lobster pula boleh menikmati variasi hidangan seperti, Braised Lobster with Bitter Gourd, Herbal Lobster dan Steamed Lobster with Garlic and Chye Po.
Bufet itu turut meraikan hasil ladang segar Taiwan, termasuk hidangan seperti, Stir-fried Water Lily with Spicy Dried Shrimp, Seafood with Luffa Gourd (Petola) dan Homestyle Braised Cabbage with Dried Sole, yang menonjolkan kesegaran bahan semula jadi.
Stesen ‘Live Night Market’ membawa suasana pasar malam Taipei, dengan sajian panas yang dimasak mengikut pesanan.
Antara pilihan popular ialah, XXL Crispy Chicken yang rangup berempah, serta Black Angus Beef Belly Gua Bao, iaitu pau yang diisi dengan daging lembut bersama acar dan herba.
Hidangan klasik Taiwan turut diketengahkan, termasuk, Lu Rou Fan – nasi dengan daging yang direbus hingga empuk – serta Oyster Mee Sua, dari pasar malam Shilin.
Oyster Mee Sua merupakan mi halus Taiwan yang disajikan dalam sup pekat bersama tiram.
Bagi peminat sup, bufet itu juga menawarkan, Ginger Mother Duck Soup, yang beraroma halia tua, serta sup ayam kampung dengan kerang yang terkenal dengan rasa menyegarkan.
Selain itu, stesen mi pula menyajikan pilihan ikonik seperti, Taiwanese Black Angus Beef Noodle, Herbal Duck Mee Sua dan Tiger Prawn and Minced Chicken Noodle.
Unsur warisan juga diraikan melalui hidangan seperti, Tribal-Style Roast Chicken dan Hot Stone Grilled Fish Collar, menampilkan kaedah masak tradisional menggunakan api terbuka dan batu panas.
Waktu Operasi:
• Isnin hingga Khamis:
Makan tengah hari (12 tengah hari hingga 2.30 petang): $72++ bagi dewasa dan $36++ bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.
Makan malam (6.30 petang hingga 10 malam): $98++ bagi dewasa dan $49 bagi kanak-kanak.
• Jumaat hingga Ahad:
Makan tengah hari (12 tengah hari hingga 3 petang): $82++ bagi dewasa dan $41++ bagi kanak-kanak.
Makan malam (6.30 petang hingga 10 malam): $112++ bagi dewasa dan $56 bagi kanak-kanak.
Isnin hingga Khamis: 12 tengah hari hingga 2.30 petang, 6.30 petang hingga 10 malam
Jumaat hingga Ahad: 12 tengah hari hingga 3 petang, 6.30 petang hingga 10 malam
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg