Makanan Asia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Claypot Daddy lambang cinta seorang ayah gemar masak

Sep 19, 2025 | 12:23 PM
claypot daddy, hidangan, claypot, hotplate, lapangan terbang changi
(Dari kiri, ikut putaran jam) Hidangan sate ayam,‘Satay Chicken’, $9.90; sajian udang, ‘Prawn Singa Zest Series’, $10.90; kari ikan,‘Fish Curry’, $14.90; hidangan sayur campur, ‘Claypot Nonya Chap Chye’, $7.90; hidangan ayam sambal nanas, ‘Chicken Sambal Serai Nanas Series’, $8.90; dan hidangan telur, ‘Hotplate Oyster Egg’, $10.90 adalah antara juadah yang boleh dinikmati bersama nasi atau bubur Toechew di restoran Claypot Daddy. - Foto BH oleh KHALID BABA

Claypot Daddy adalah konsep restoran unik dengan belanga atau claypot dan plat panas atau hotplate iaitu bekas menghidang makanan panas.

Terletak di Lapangan Terbang Changi, Terminal 2, pendekatan itu bagi memastikan setiap hidangan kekal hangat dari mula pelanggan makan hingga habis.

Pengasasnya, Encik Shawn Lim, yang berkecimpung dalam beberapa jenama makanan dan minuman (F&B) terkenal seperti Penang Culture, Taiwan Culture dan Chopstix & Rice, membuka Claypot Daddy pada Januari dengan idea yang dekat baginya.

“Idea di sebalik Claypot Daddy adalah ‘Daddy’ atau ayah juga boleh berada di dapur untuk memasak.

“Setiap hidangan merupakan cerminan kasih sayang saya memasak untuk anak perempuan saya,” luah Encik Lim.

“Berbeza dengan kebanyakan restoran lain, makanan di sini tidak cepat sejuk. Claypot dan hotplate adalah identiti utama kami.”

Restoran ini menampilkan lebih 30 hidangan yang menggabungkan rasa tradisional dan kreativiti dalam suasana mesra buat keluarga dan pelancong.

Antara hidangan terlaris ialah Daddy’s Signature Mala Pot, $13.90; Gong Bao Chicken, $8.90, hidangan unik ayam bersama kacang gajus dan cili dalam sos hitam manis pedas; serta kari ayam, Curry Chicken Claypot, $8.90 yang dimasak perlahan selama 48 jam.

Hidangan kari ikan, Fish Curry, $14.90, pula menawarkan kari pekat, manakala menu Treasure Pot, $18.90, dipenuhi dengan udang, kapis, fish maw, cendawan dan brokoli.

Hidangan kari ikan, ‘Fish Curry’ yang mempunyai rasa rempah kari yang seimbang mesra buat keluarga dengan kanak-kanak kecil.
Hidangan kari ikan, ‘Fish Curry’ yang mempunyai rasa rempah kari yang seimbang mesra buat keluarga dengan kanak-kanak kecil. - Foto BH oleh KHALID BABA

Selain itu, terdapat hidangan lain seperti Chicken Sambal Serai Nanas, $8.90; dan terung, Claypot Braised Eggplant, $8.90.

Pelanggan juga boleh memilih bubur sebagai pengganti nasi.

“Bubur Toechew memberi pengalaman yang ringan tetapi tetap memuaskan.

Kari ayam, gong bao chicken dan otak-otak sangat sesuai dimakan bersama bubur kerana ia resap kuahnya,” tambah beliau.

Bubur itu dijual pada harga $2.90.

Setiap claypot direka untuk dikongsi antara dua dengan tiga orang.

“Kami mahu makanan ini dikongsi bersama keluarga atau rakan, sambil menikmati suasana di restoran,” tambah Encik Lim.

Claypot Daddy
Alamat: 60 Airport Boulevard, #03-11, Terminal 2, Lapangan Terbang Changi, Singapura 819643
Waktu Operasi:
  • Isnin hingga Ahad, 10.30 pagi hingga 10 malam

Get therelocation-icon
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg