Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Cabaran dan peranan jururawat dalam era pascapandemik

Lebih istimewa, Hari Jururawat itu diserikan dengan kehadiran Presiden Halimah Yacob. Majlis tersebut merupakan saat penting bagi mengiktiraf dedikasi dan usaha jururawat dalam penjagaan kesihatan masyarakat, serta memberikan inspirasi dan semangat untuk mereka terus meningkatkan profesionalisme dalam menyokong kesejahteraan umum.
Aug 28, 2023 | 06:00 AM



DR NURHIDAYATI SUPHAN

Jururawat memegang peranan amat penting dalam penjagaan kesihatan walaupun keberadaan mereka sering kali tidak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya.

Mereka bukan sahaja melakukan pengawasan dan pemantauan ke atas pesakit secara berterusan, malah melaksanakan tindakan yang dapat menyelamatkan nyawa melalui pemerhatian dan campur tangan yang tepat.

Bidang kejururawatan merupakan kerjaya dinamik dan sentiasa berkembang seiring kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa. 

Pentingnya Pendidikan Kesihatan

Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya selaku seorang jururawat ialah memiliki nilai murni seperti bersikap penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, berupaya berkomunikasi dengan baik serta positif. 

Kecekapan seorang jururawat dalam memberikan penjagaan kesihatan yang cemerlang adalah hasil pendidikan dan latihan yang mereka terima selama bertahun-tahun.

Pengetahuan mendalam dalam menilai pesakit merupakan aspek penting dalam kemahiran mereka.

Jururawat memiliki keupayaan untuk mengesan sebarang kemerosotan dalam keadaan kesihatan pesakit dan membuat perancangan dalam mengendali keadaan sedemikian.

Peranan Utama Jururawat dalam Jagaan Kesihatan Sejagat

Secara umumnya, jururawat menyumbang sekitar 90 peratus daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan di peringkat sejagat. Kebolehan mereka dalam memberi penjagaan berkesan menjadikan mereka aset tidak ternilai dalam sistem penjagaan kesihatan.

Namun, peranan mereka kerap tidak diiktiraf sesuai sumbangan yang dihulurkan.

Memandangkan jururawat merupakan tenaga kerja terbesar serta memainkan peranan penting dalam khidmat kesihatan negara, maka, tenaga kerja jururawat memerlukan pasukan karyawan yang dinamik dan responsif terhadap dasar kesihatan negara, keperluan pelanggan dan persekitaran yang sentiasa berubah. 

Setiap jururawat mampu memberi khidmat kepakaran kejururawatan menerusi amalan budaya penyayang, kerja sepasukan, cekap, berkesan dan profesional, seiring teknologi terkini yang bersesuaian ke arah meningkatkan kehidupan bermutu.

Jururawat Selaku Pendidik Kesihatan

Peranan jururawat tidak terhenti pada penjagaan pesakit semata-mata. Mereka turut menggalas tanggungjawab untuk mendidik pesakit dan masyarakat mengenai langkah-langkah pencegahan penyakit dan kecederaan.

Dalam era moden kini, bidang kejururawatan telah berkembang dengan pesat dan melibatkan aspek kompleks, jauh berbeza berbanding dengan zaman dahulu.

Inovasi dalam Jagaan Kesihatan

Jururawat bukan sahaja terlibat dalam memberikan penjagaan, bahkan juga berperanan sebagai inovator.

Mereka terlibat dalam memperkenalkan kaedah terkini yang lebih cekap dalam penjagaan kesihatan dan perubatan moden.

Ia membawa kepada perkembangan bidang kejururawatan dan membuka peluang kepada jururawat untuk mengembangkan kerjaya mereka.

Seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam bidang perubatan dan corak penyakit masa kini, bidang kepakaran kejururawatan yang baru seperti Kardiotoraks/Kejururawatan Kardiologi, Kecemasan/Kejururawatan Trauma, Kejururawatan dalam Ambulatori dan Pengurusan Angin Ahmar serta Kejururawatan Onkologi diperlukan bagi memenuhi keperluan semasa.

Cabaran dan Keberanian Semasa Pandemik

Pandemik Covid-19 telah mengetengahkan peranan penting jururawat dalam menangani keadaan genting.

Mereka gigih berjuang merawat pesakit yang positif Covid-19, walaupun menyedari tindakan itu membawa risiko kepada kesihatan mereka sendiri.

Keberanian mereka dalam menghadapi cabaran itu patut dihargai dan dihormati.

Peranan jururawat bukan hanya terserlah semasa era pandemik Covid-19, jururawat turut memainkan peranan yang setara cabarannya semasa era pasca pandemik Covid-19.

Ini kerana tanggungjawab jururawat bukan hanya memberikan penekanan kepada penjagaan pesakit di hospital malah di era pasca pandemik Covid-19 pendekatan jururawat lebih menuju ke arah penjagaan primer iaitu dengan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan.

Cabaran Masa Hadapan

Jururawat menghadapi cabaran berterusan dalam usaha meningkatkan aspek kesihatan.

Mereka perlu bersedia menghadapi cabaran seperti penjagaan dalam persekitaran dengan sumber terhad, penjagaan dalam keadaan kacau, meningkatnya permintaan dalam bidang kejururawatan yang tidak diimbangi dengan tenaga kerja yang mencukupi, seiring kian rumitnya terapi perubatan.

Selain itu, mereka perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi perubatan yang semakin maju.

Peranan Besar

Peranan jururawat dalam penjagaan kesihatan adalah penting dan tidak boleh diremehkan.

Mereka adalah tulang belakang sistem penjagaan kesihatan dan memainkan peranan utama dalam menyelamatkan nyawa serta memastikan mutu penjagaan di tahap optimum.

Walaupun berhadapan cabaran yang kompleks, mereka terus berusaha dalam memberikan penjagaan yang selamat, bermutu dan tepat pada waktu.

Oleh itu, penghargaan dan sokongan kepada jururawat adalah amat penting demi memastikan sistem penjagaan kesihatan yang kukuh dan berkesan.

Tugas dan peranan jururawat bukan hanya mencabar di kala negara berhadapan krisis Covid-19, malah ia berterusan sehingga tempoh pasca pandemik.

Covid-19 telah memacu kerjaya jururawat ke arah yang lebih dinamik dan responsif terhadap perubahan landskap kesihatan yang tidak dijangka.

Penulis Naib Presiden, Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Pusat Pakar Pacific Healthcare.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >